Thursday, December 15, 2011

Tiket

On the way dari parking kereta kat University
Tinggal berapa bulan saja nak balik. Ofis dah tanya tiket balik nak berapa haribulan. Minta bulan 4 tapi tak boleh sebab apa-apa budget ker kerja ker term sekolah kat Jepun nih start dari 1 April dan habis 31 March tahun berikutnya. Dah book untuk Haziq dan Hazim sekali. Ada dua tarikh so tak tahu mana satu yang boleh dapat. Awal bulan 3 baru tahu bila tiket balik. Excited bila dah book tiket nak balik Malaysia. Tapi dalam masa yang sama sedih gak. Dekat 6 tahun duduk kat Jepun, Haziq dan Hazim membesar di Jepun, macam-macam yang kami lalui. Suka duka pahit manis semua ada tapi semua ini akan jadi memori paling berharga untuk kami sekeluarga.

家族の絆が深める6年間です。 ずっと、ずっと、いつまでも大切にする思い出です。

6 comments:

  1. gembira dan sedih dalam masa yg sama
    6 tahun bukan sekejap..mesti byk kisha manis dan pahit penah dilalui

    irfa

    ReplyDelete
  2. Banyak kisah pelbagai rasa selama 6 tahun nih. Kalau boleh nak buat ranking kisah kat Jepun nanti. Kategori kenangan manis, kenangan pahit etc..hehe

    ReplyDelete
  3. 6 tahun tu lama Hanny.. macam anak akak... 8 tahun kat Shah Alam...bila kata nak balik Melaka...semua takmo...

    Terlalu banyak suka duka serta kenangan di sana kan?

    ReplyDelete
  4. Lama ya Kak Anie, 6 tahun nih. Hehe..Melaka pun best gak. Saya dulu duduk Melaka 2 tahun. Teringat pasar gesel. Anak-anak saya lak tak sabar nak balik Malaysia sebab saya selalu cerita pasal Malaysia ada kumbang tanduk banyak, boleh belajar English, BM, bahasa Arab. Kat sini cuma boleh cakap bahasa Jepun ajer. Lagipun kami tak sesuai ngan iklim sejuk kat sini. Sejuk sampai ke tulang!

    ReplyDelete
  5. salam kak hanny, saya adilah.ibu yang baru nak sambung belajar ke jpun april ni dgn 2 anak kecil.saya nak tanya pasal yochien.ok ke?anak saya perempuan... ttg makanan mcm mana?sensei dkt sekolah tu boleh ke bagi kita bawak bekal? ..apa cabaran sekolahkan anak dkt japan?saya tak pandai nihon-go...kena berusaha..appreciate kalau kak hanny bley share experience, tips nak bawak apa dari malaysia.. email saya cutey_fifi@yahoo.com THANKS!!

    ReplyDelete
  6. salam adilah. Thanks singgah sini. Congrats dapat sambung ke Jepun ya:)Nanti akak free sket akak email ya...

    ReplyDelete