Wednesday, March 10, 2010

Ribut


Hari ini Haziq pergi sekolah lambat sedikit. Bila buka pintu, terus nampak salji tengah turun lebat. Bukan setakat salji, siap dengan angin kuat. Haziq nak pakai payung. Bila kata nak hantar sampai sekolah, Haziq kata tak payah. Dia boleh pergi sendiri. Lepas tengok dia hilang kat selekoh, masuk rumah nak siapkan Hazim ke sekolah pula.


Dalam 10 minit lepas tuh, tetiba Haziq buka pintu rumah sambil nangis. Habis basah baju. Bibir pun nampak biru. Bila tanya kenapa, dia tak bagi tahu. Cepat-cepat suruh turunkan beg dan masuk dalam rumah, duduk depan heater.

Bila bibir dia dah tak biru, Haziq pun dah tak nangis, barulah tanya dia betul-betul kenapa patah balik. Rupa-rupanya, ribut salji + hujan buat dia tak boleh bernafas. Nak jalan pakai payung pun susah sebab menolak angin. Sambil tuh, Haziq cerita kat luar dah macam 竜巻 (puting beliung).

Lepas Hazim dah siap sarapan, barulah keluar hantar naik kereta sampai sekolah. Huhu, bawa kereta pun terasa angin tolak.怖い...


Petangnya pula waktu nak ambil Hazim kat sekolah, depan rumah jalan jem sampai ke Moji. Kereta memang tak nampak nak bergerak. Ambil keputusan parking kereta di Moji, ambil keretapi sampai Mojiko dalam 8 minit sampailah. Lepas tuh jalan kaki sampai sekolah Haziq dalam salji+hujan+angin.

Bila sampai sekolah Hazim, ada mak kawan Hazim cerita jambatan Kanmon tutup sebab angin kuat jadi kenderaan banyak beratur nak masuk terowong Kanmon sampai ke Moji.

Cuma ada dua jalan sahaja yang menghubungkan Pulau Kyushu dan Pulau Honshu. Kalau Jambatan Kanmon tutup, nampak gaya terowong Kanmon akan jem. Begitulah sebaliknya.

Nak sampai rumah dari stesen keretapi Moji pula senang ajer. Ikut jalan kecil. Tapi kena hati-hati sebab jalan kecil di Jepun nih memang sempit. Kadang-kadang, ada Jepun yang tak faham, gi letak kereta kat tepi jalan yang memang dah sempit. Lagi 2cm mesti bergesel dengan kereta sebelah. Nasib baik lepas dan sampai rumah dengan selamat.

No comments:

Post a Comment