Hari sabtu lepas, cuaca memang baik jadi bawa Haziq dan Hazim main-main di taman tepi Mekari Park. Lepas tuh waktu nak balik, ada dapat pamphlet pasal pasar ikan di 白野江(Shiranoe- dalam 8km dari taman mainan). Jarang pasar ikan kat sini buka pukul 12tengahari sampai 4 petang.
Sampai sahaja di pasar itu, orang tak ramai tapi memang best. Ada jual macam-macam makanan laut yang masih hidup. Dapat beli 鯛 (tai-sejenis ikan merah) dua ekor hanya 1000yen. Besar-besar pula tuh. Dapat juga beli satu plastik アサリ (asari -sejenis kupang/kerang) dalam 500yen. Puas hati dapat beli yang fresh.
Semalam pula masak asari dengan kuah sup pedas (resepi sendiri), letak daun limau purut dan bagi pedas-pedas manis. Beri sepinggan kat jiran depan rumah.
Petang tadi, dia datang bagi pinggan dengan bunga tulip yang dia tanam sendiri kat halaman rumah dia. Suka tengok warna bunga tulip nih. Jiran nih tahu kami tak boleh makan sebarangan jadi dia selalu beri buah. Tak sangka hari ini dapat bunga tulip.....

No comments:
Post a Comment