Tuesday, June 23, 2009

Kompang

Waktu sekolah rendah dulu, suka sangat dengan cerita-cerita yang misteri, khayalan, dongeng dan seberadik dengannya. Mungkin juga terpengaruh dengan buku Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Mungkin sebab pernah mengalami peristiwa misteri yang membuatkan perasaan ingin tahu membuak-buak sehingga sanggup menubuhkan skuad "Kembara ke Alam Misteri" waktu sekolah rendah. Kecik-kecik bukannya tahu apa pun......


Kisah ini bermula waktu sekolah rendah darjah 4/5 tak silap, setiap malam jumaat pukul 10 malam hingga 12 tengah malam mesti dengar bunyi kompang (sayup-sayup) di belakang rumah. Kalau nak kata budak kampung berlatih kompang kenapa sampai pukul 12 malam. Orang semua nak tidur. Untuk seminggu yang pertama, buat tak kisah. Minggu seterusnya pun buat tak kisah. Lama jugalah buat tak kisah.


Suatu hari, terfikir nak selidik dari mana sebenarnya bunyi kompang tuh. Di belakang rumah hanyalah hutan belantara dan pokok getah. Jarak dengan kampung belakang adalah 5-10km. Mana mungkin bunyi budak kampung berlatih kompang boleh dengar sampai ke bilik. Yang ada betul-betul di belakang rumah hanyalah pokok buluh tebal. Abah tak pernah nak potong walau tebal macam mana. Orang sebelah pun tak pernah kata nak tebang pokok buluh. Masa itu terfikir orang bunian yang tinggal kat pokok buluh ini kot yang main kompang.


Puas sudah cari punca bunyi kompang sehingga rajin bertanya member-member lelaki satu sekolah agama samaada diaorang ada berlatih kompang ke tidak setiap malam jumaat. Jawapannya tiada. Kebanyakkan sabtu atau ahad. Persoalannya siapa yang main kompang setiap jumaat kat belakang rumah?!.
Misteri...


p/s Kohai-tachi, akak nak pass kompang 6 ketul tapi terfikir korang reti ker main kompang?. Manalah tahu nak buat kouryu orang Malaysia...

No comments:

Post a Comment