Wednesday, March 18, 2009

Ular

Credit gambar: camera Ayah

Balik Malaysia 2 minggu memang tak cukup. Semua orang kami nak jumpa, semua benda nak makan dan semua tempat nak jalan.


Waktu balik ke Alor Setar, kami jalan-jalan ke Langkawi. Sempat naik Gunung Machinchang guna cable car. Cantik sungguh pemandangan Pulau Langkawi dari atas gunung. Rugi kalau ke Langkawi tak naik cable car nih. Pemegang Mykad dewasa bayar RM18 (kami ambil special price dapatlah RM14), kanak-kanak RM5 tak silap.


Sebelum naik cable car, kami jalan-jalan sekitar kedai-kedai kat bawah dahulu. Ada mini zoo. Percuma. Ingat nak singgah bawa Haziq dan Hazim masuk tapi takde masa.


Waktu jalan-jalan tuh kami nampak ada orang kat bawah pokok lepak-lepak dengan ular sawa kesayangannya. Ada dua ekor. Ular sawa Burma nama Boboy dan ular sawa Malaysia nama tak tanya lak. Bila Haziq nampak ular sawa dia pun datang dekat-dekat. Tengok orang tuh bagi Haziq pegang. Kami yang lain ingatkan Haziq taknak rupanya dia berani datang pegang.


Sekali tuh tuan punya ular sawa letak Boboy nih kat leher Haziq. Mulanya Haziq nampak takut tapi lama-lama ok pula. Macam-macam gaya dia buat dengan Boboy nih. Orang ramai dok berhenti tengok Haziq main dengan Boboy dan ular sawa Malaysia (kecil lagi).


Kami yang lain tak berani nak datang dekat sebab geli sangat-sangat. Ular sawa yang kecil tuh boleh lilit-lilit lengan Haziq lagi. Hazim pula bila disuruh bergambar, datang dekat pun tak mahu. Geli campur takut.....


Yang ini Haziq dengan ular sawa Malaysia

No comments:

Post a Comment