Monday, March 23, 2009

Idea

Sejak dua tiga hari nih, kalau baca buku cerita mesti tak habis. Sekerat jalan ajer. Samada jalan cerita yang meleret atau tak kena dengan selera waktu itu. Semangat nak tulis buku cerita pula mula ada. Ada beberapa idea menarik untuk menulis satu cerita fantasy + adventure. Tapi entah kenapa masih tidak menulis. Tak best kalau guna komputer. Kena tengok tulisan tangan sendiri baru ada feeling.


Balik Malaysia baru-baru ini, teringat dengan buku log yang ada banyak cerita hasil "cuba-cuba tulis" waktu tingkatan 3. Ada satu cerita pengembaraan seorang gadis untuk menyelesaikan misteri di dalam badannya. Dia ada bertemu dengan seekor kuda (ala-ala unicorn) yang banyak membantunya sepanjang dia mengembara ke pelusuk dunia. Apa jadi selepas itu pun dah tak ingat. Agaknya Irma ingat sebab dia satu-satunya orang yang pernah baca cerita ini.


Cuba selongkar stor di belakang rumah di Johor. Banyak betul buku-buku komik Huda. Terus hilang semangat sebab panas dalam bilik stor itu. Hajat hati nak habiskan tulis cerita dalam buku tuh tapi apakan daya akhirnya tak jumpa juga. Mungkin riwayat buku itu dah tertanam nun di belakang rumah.


Nampak gaya kena mula cerita baru dengan idea yang baru. Cara-cara untuk hilangkan stress buat research...

No comments:

Post a Comment