Sunday, July 06, 2008

Jumpa Yuko

Haziq yang jadi cameraman

Yuko nih kawan satu Universiti tapi lain fakulti waktu di Hiroshima. Last jumpa dia 8 tahun yang lalu. Kali nih kebetulan dia turun ke Kyushu jadi sempat singgah di Moji.


Teringat waktu ajak Yuko datang ke Malaysia 11 tahun dulu. Yuko datang bersama kawan kami, Riko. Riko nih cute orangnya. Mereka sebenarnya pertama kali melancong ke luar negara. Flight dari Jepun singgah di Singapore dan barulah naik ke KL. Tapi diaorang nih tak tahu tak boleh keluar dari airport di Singapore. Diaorang pun dengan selambanya keluar dengan niat nak jalan-jalan. So dah cop bagai kat passport semua. Bila dah nak naik flight ke KL, timbul masalah pasal cop kat passport tuh. Tapi entah macam mana diaorang dapat gak naik flight ke KL.


Bila sampai di KL, kami bertiga naik bas express nak balik ke Batu Pahat. Entah macam mana, bas dari Puduraya rosak di tengah jalan. Kena tukar naik bas yang lain. Kami yang mulanya duduk dekat-dekat terpaksa duduk berasingan. Tapi yang nak cerita kat sini ialah pasal Riko yang terpaksa duduk sebelah sorang mamat nih. Waktu tuh hari pun dah nak malam. Bas yang kami naik memakan masa 3 jam lebih nak sampai ke rumah.



Sebaik sahaja kami turun dari bas, nampak muka Riko lain macam. Ish..kenapa lak nih. Rupa-rupanya Riko cerita yang waktu dalam bas, tengah-tengah borak dengan mamat tuh tetiba mamat tuh pegang peha dia. Hah!!terkejut sangat. Kesian dia kena lalui pengalaman camnih. Minta maaf kat dia dan tanya dia ok ker tak. Nasib baik Riko kata dia cepat-cepat tepis tangan mamat tuh dan kata "No". Semalam waktu jumpa Yuko, barulah Yuko buka cerita yang malam tuh, Riko mengigau dalam tidur. Mengigau dengan bersungguh-sungguh cakap English!!!...Tapi tak dapat nak dipastikan apa butirnya. Huhuhu..


Sepanjang beberapa hari di kampung, kami pergi bercamping di tepi laut. Seronok sangat mandi laut sampai tak ingat dunia. Bila balik camping, Yuko kena sakit perut yang teruk. Sampai pucat lesi. Kami bawa gi jumpa doktor dan doktor bagi injection kat punggung. Kata Yuko paling dia tak boleh lupa jarum injection tuh besar sangat sampai dia kecut perut!.


Balik rumah, mak masakkan bubur nasi dan Yuko makan dengan umeboshi (Jepun kalau sakit demam ker sakit lain-lain mesti makan bubur nasi dengan umeboshi) yang dia bawa dari jepun. Umeboshi nih sejenis buah warna merah tapi masam teramatlah..... Lepas dia rehat dalam sehari dua barulah demam dan sakit perutnya ok. Kata Yuko semalam, sejak dia sakit perut kat Malaysia, dia tak pernah kena sakit perut lagi. Mungkin perut dia dah terkejut kena teruk waktu tuh sampai sekarang boleh tahan kalau dia makan apa sahaja jenis makanan.



Kisah diaorang nak balik pulak. Since Yuko sakit dan tak sempat nak kejar flight di KL, kami ambil keputusan naik dari Singapore. Hantar sampai ke airport tapi di border Malaysia/Singapore, diaorang tak boleh masuk sebab kat passport ada cop yang kena pangkah. Nih time diaorang "ter"keluar dari Changi Airport time nak datang hari tuh. So kenalah explain kat pegawai imigresen tuh macam-macam. Last-last settle masalah dan kami bergegas ke airport lepas tuh.



Sekarang nih, Riko dah kahwin dan ada anak sorang. Dia still kat Hiroshima dan Yuko masih single dan kerja di Tokyo.
Kalau ingat balik kisah dulu, memang kelakar. Lepas ini, Yuko kata nak bawak Kimutan, kawan kami yang lain untuk datang ke Moji bulan 8 atau 9 nih.

No comments:

Post a Comment