Friday, April 04, 2008

Sakura di Kokura Castle









Hari ini pergi Immigration Office kat Kokura untuk dapatkan permit part-time buat TA. Ofis tuh dekat dengan Kokura Castle. Setiap kali sakura mesti Kokura Castle akan jadi tumpuan untuk hanami. Lepas settle dapat permit kat Immigration Ofis, tinggal kereta gi jalan kaki dalam 5 minit ke Kokura Castle. Sakura dah cantik!. Orang tak ramai sebab masih pagi. Tapi sampai-sampai semua dah bentang alas untuk hanami. Siap ada nama sekali. Lupa pulak hari ini hari Jumaat so maybe diaorang booking untuk hanami hari sabtu. Takpun malam ni sebab kat sini ada pasang lampu. Masuk ajer kawasan castle terus bau beer. Hanami = orang Jepun mabuk


Snap gambar sana sini. Ada orang pakai suit kerja dok tunggu kat bawah pokok sakura, ada orang tengah ambil gambar, ada gerai takoyaki, beer, mee goreng dan macam-macam lagi. Siap ada orang bawak khemah dengan tilam lagi. Di Kokura Castle nih kalau nak buat hanami kena book tempat awal-awal. Sehari sebelum tuh kena book awal-awal.!. Kalau tidak, alamatnya hanami bawah pokok ru.

Happy dapat ambil gambar sakura banyak-banyak......yeay!!!!




No comments:

Post a Comment