Monday, April 14, 2008

BBQ dan Hanami

Sabtu dan Ahad lepas, dua hari nih full dengan BBQ. Hari sabtu gi BBQ sama students Kyushu Kougyou Daigaku di Yomiya Park, Tobata. Tahun nih kohai cuma seorang ajer. Tak ramai yang datang. Bawak nasi lemak kukus bungkus siap2 macam nak jual kat kedai ajer. Sampai-sampai tengok diaorang tengah nak bakar ayam. Dalam setengah jam lepas tuh semua mula makan. Haziq lak buat perangai lone ranger. Yerlah geng dah balik Malaysia. Kalau tidak, mesti dok main sama Farid, anak Ina. Bila semua orang dah mula makan Haziq dan Hazim mula kata nak makan "ada bentuk cam onigiri Ummi buat tuh". Ingatkan onigiri. Rupanya nak nasi lemak bungkus. La...time kat rumah buat dek ajer bila tengok semua orang makan, baru teringin nak makan. Tengah-tengah makan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bunga sakura yang masih ada sikit-sikit berguguran.


Ramai gak orang dok hanami. Tetiba ajer ada pakcik jepun datang kat kitaorang dok offer beer tapi cakap takleh minum then diaorang datang lagi offer makanan lak. Pastu balas bagi yang kitaorang nyer lak. Then diaorang datang bagi makanan dari belah sana lak. Kitaorang balas lagi. Pastu diaorang bagi lagik... huh..tak larat dah.. lagipun dah nak balik.. so lepas kemas-kemas balik rumah. Sampai rumah terus lepak sebab kekenyangan.........





Malam tuh dapat mail dari kohai Yamaguchi Daigaku kata nak hanami di Mekari Park lak. Okla..so pagi ahadnya masak kari daging, roti jalan ngan roti pita (sebab roti jala sikit sangat). Pukul 12 tengahari barulah diaorang sampai kat depan rumah setelah terlajak jalan beberapa kali. Tuh dia... sampai 5 buah kereta. kebanyakkannya kohai baru sampai nihon. Ada dekat 25 orang rasanya. Sampai takleh nak duduk kat dalam ruang tamu. Kena duduk kat dapur. Lepas minum-minum, bertolak ke Mekari Park dengan hujan rintik-rintik. Sampai sahaja kat Mekari Park, boys pasang khemah dan hidupkan api nak buat BBQ. Lepas batch pertama ayam BBQ siap, semua mula makan. Tengok jam dah pukul 3petang. Perut masing-masing dah lapar tapi semua tunjuk cool ajer. Ayam BBQ memang sedap. Terasa semua rempah. Menurut tuan-tuan punya resepi, tuh resepi bantai. Campur semua rempah yang ada kat rak..trial and error pun ada....huhuhuhu..kalau sakit perut lepas nih tak tahulah...




Anyway, Haziq dan Hazim enjoy dengan abang-abang tuh semua. Berguling dengan bergasak sama-sama. Bila masing-masing dah kenyang, bertolak balik ke Moji sebab nak solat asar. Sebelum tuh ambik-ambik gambar kat spot menarik. Masuk ajer kereta nak balik, Haziq kata "kyo tanoshikatta ne..(hari ini seronok)". Tak sampai 5 minit, dua- dua terus tidur keletihan. Diaorang singgah rumah untuk solat asar dan maghrib. Lepas tuh dalam pukul 7 setengah, barulah masing-masing bertolak balik. Sebelum balik, semua pekena kopi panas dulu.




Minasan, hontoni tanoshikatta. Rainen, mata yarimashou ne.......

No comments:

Post a Comment