Hari Jumaat ada kelas sebelah pagi so macam biasa kejutkan Haziq dan Hazim untuk bersiap-siap ke sekolah. Kat Moji, dah mula mendung dan hujan gerimis. Tapi bila keretapi nak sampai Shinyamaguchi Station, mula nampak yuki (snow) sikit-sikit. La, semalam yuki turun kot kat Yamaguchi. Keluar keretapi, mak ai....samuiiiii (sejuk). Sampai kat Yudaonsen Station, hujan gerimis bercampur yuki. Sambil naik basikal sambil pakai payung kat sebelah tangan. Dulu kekok jugak nak bawak basikal sambil pakai payung tapi sekarang dah jadik biasa.
Tiba-tiba tengah syok bawak basikal, terdengar suara polis pakai pembesar suara dari van polis yang tengah bergerak sama arah. Hah..apa polis nih cakap. Tak faham. Laju sangat kot bawak basikal so kasik slowlah sikit. Van polis tuh lak dah kat depan tengah tunggu traffic light.
Dah nak dekat sampai U, tetiba dengar lagi suara polis bagi amaran kat orang naik basikal. Pandang keliling, takde orang naik basikal. Sahlah kena kat diri sendiri. Rupanya polis tuh kata jangan pakai payung kalau tengah bawak basikal. Bahaya....Yang 1st time tak clear tuh yang buat donno ajer....2nd time, tengok keliling takde orang naik basikal, pastu kat depan-depan tuh semua orang naik basikal tak pakai payung..
Kat kelas tanya kat sensei. Rupanya kat jepun nih tak boleh bawak basikal sebelah tangan. Menyalahi undang-undang. Tak kiralah tengah pakai handphone ke pegang payung ker, bawak basikal kawan sebelah lagi ker..Lagi satu tak boleh bonceng kawan. Kalau tengah memandu lak takleh pakai handphone. Denda yen 20,000 (RM600). Takat basikal nih, polis cuma bagi amaran ajer.. Huhuhu..dah 2 tahun pun tak tahu bende nih.. Yerlah dulu pernah time hujan lebat, selamba jer lalu sebelah polis buat roadblock, dia tak bagi amaran pun. Ingatkan ok ajer...Mungkin sebab hujan lebat dan ramai pulak yang pakai payung sambil naik basikal. Apa-apa halpun kelas tinggal satu dan lepas nih cuti haru (spring) dua bulan.. Yahoo!!!!!!!!!!!

No comments:
Post a Comment