Thursday, December 20, 2007

Kak Siti

Hah, kali nih tajuk entri lain sikit. Bukan cerita kat jepun. Lepas baca entri kat seorang blogger nih, teringat nak buat entri pasal kak siti. Siapa kak siti nih?. Bukan Siti penyanyi tuh...tapi Kak siti nih yang tolong jaga Haziq dan Hazim waktu di malaysia selama 1 tahun setengah. Atau dengan kata lain "maid" dari Indonesia.



Waktu mengandungkan Hazim 7 bulan, terfikir nak ambil maid dari agency tapi disebabkan macam2 cerita dah dengar, takut gak kalau jadik macam2. Nak hantar nursery pun sama. Baik ambik maid sebab boleh tolong kemaskan rumah sikit2. Idea nak ambil maid dari kalangan saudara sendiri datang tiba-tiba. Beli tiket kapalterbang ke Surabaya sama mak, abah, cik dan Haziq selama 3 hari 2 malam. Lagipun memang teringin nak jenguk kampung di Indonesia sana. Alhamdulillah misi kami berjaya. Uruskan permit, passport dan semua, 2 bulan lepas tuh Kak Siti sampai di rumah kami. Mulanya Haziq agak takut tapi lama kelamaan Haziq boleh duduk sama Kak siti yang pangkatnya dengan saya adalah makcik (sepupu emak) umurnya 40-an.



Bila Hazim lahir, Kak Siti banyak membantu di samping pantang di Johor. Selepas habis pantang dan pindah ke rumah baru di Bangi, Kak Siti ditugaskan menjaga anak-anak (top priority-tak kisahlah rumah tak kemas tapi yang penting anak2 terjaga), lipat kain serta basuh-membasuh. Memasak cuma untuk dirinya dan anak-anak sewaktu saya bekerja. Memasak untuk keluarga adalah tugas saya. Biar penat sekalipun saya akan pastikan makanan dari air tangan saya atau makan kedai...hari minggu dan hari saya ada di rumah, anak-anak akan bersama saya dan kak Siti keluar berjalan-jalan satu hari dalam sebulan. Walaupun kak siti saudara rapat tetapi saya pastikan hubungan kami lebih kepada majikan - pekerja. Kami anggap Kak siti sebahagian kelurga kami tetapi tidaklah sampai bercerita peribadi, memicit kepala dan sebagainya. Kami bersyukur selama 1 tahun setengah, tiada masaalah besar dengan Kak Siti. Kak Siti saya latih kepada pandai mengemas bukan kearah pandai memasak. Cukuplah satu tugas besar yang melibatkan anak-anak. Satu tanggugjawab yang besar di waktu ketiadaan saya keluar bekerja.



Selepas kami ke Jepun, Kak Siti tinggal besama emak di kampung sambil menolong di Nursery Tujuh Puteri (nurseri pokok). Kak Siti banyak membantu emak dan abah dan menanam sayuran dan pokok tumbuhan yang lain. Setelah setahun, Kak Siti pulang ke Indonesia kerana ingin berjumpa dengan ibunya yang sudah uzur. Kini, Kak Siti ingin kembali ke Malaysia kerana rindukan suasana di sini di samping mencari pendapatan lebih. Minggu pertama bulan Januari 2008, emak dan abah akan ke Surabaya bertemu dengan Kak Siti dan saudara yang lain serta menguruskan passport Kak Siti. Rindunya dengan kampung di Blitar sana. Macam nak pergi lagi rasanya!. Nak makan Nasi Jagung dan Sayur Urep (bahasa jawa=sayur kerabu )




Bagi saya, sebagai manusia saya tidak pernah mengganggap Kak Siti sebagai "orang gaji atau maid " tetapi sebagai " penolong" saya. Kalau diperkenalkan kepada orang, saya katakan Kak Siti ini saudara pangkat makcik yang saya upah untuk menolong menjaga Haziq dan Hazim. Kalau nak ikutkan markah, saya bagi 99% untuk tugas menjaga Haziq dan Hazim, 77% untuk tugas mengemas rumah (peratus kenaikan dari tahun sebelumnya lebih 50%) dan 33% untuk memasak (tapi 100% untuk sambal belacan Kak Siti!!- memang sedap!!). Hingga kini, Haziq dan Hazim kadang -kadang bertanya "nenek kat mana?".




Insyallah, kami pasti akan ke kampung Kak Siti di Blitar, Surabaya kerana rindukan suasana segar dan asli di sana sambil berjumpa dengan saudara yang lain. Rasa keinsafan yang teramat sangat melihat keadaan di kampung sana. Tidak rugi menyambung silaturahim sesama saudara tidak kira berada di ceruk dunia mana sekalipun.

No comments:

Post a Comment