Sunday, December 02, 2007

Gigi

Lamanya tak tulis blog. Dekat 2 minggu kot. Walaupun pergi kelas cuma 3 hari seminggu tapi setiap kelas ada presentation kena buat dan banyak paper kena baca. Thesis nak tulis dalam japanese so kena gambare (usaha) dari sekarang untuk kumpul bahan-bahan nak buat thesis. Banyak buku kena baca dan kena tahu kat mana nak cari info terkini mengenai statistics negara ASEAN dan negara lain dalam website.



Dah dua minggu gak, asyik kena jumpa doktor gigi. Dulu pernah buat tapi kali nih kena buat "bridge". Bridge nih macam jambatan tapi kat dalam gigi. Time kat malaysia pernah cabut gigi bawah sebelah dalam. Rupa-rupanya bila gigi atas takde "lawannya" dengan gigi bawah, gigi atas akan tumbuh dan panjang, lama kelamaan akan kena kat gusi bawah kat tempat gigi yang kena cabut.



Doktor gigi kat malaysia takde bagitahu pasal info nih tapi bila sampai kat jepun, gi tampal gigi, then doktor jepun bagitahu pasal mende nih. Dulu takut nak jumpa doktor gigi kat jepun sebab takut mahal. Sebenarnya kalau ada insurans kesihatan, cuma bayar 30% so selama nih tak pernah bayar atas 3000yen lagi. Cuma buat bridge nih kena bayar dalam 12,000yen. Daripada 12, 000yen, boleh claim 50% dari sekolah (sebab ambik insurans sekolah) dan 30% dari JASSO.




Bila dok rajin jumpa doktor gigi nih, dapatlah belajar macam-macam pasal doktor gigi, insurans kesihatan untuk gigi, klinik gigi, servis kat klinik gigi dan macam-macam lagi. Kalau kat US, nak buat treatment gigi mahal yang teramat sangat. Menurut kata orang, kalau nak tahu orang US tuh kaya atau tidak, tengok gigi orang tuh. Kalau cantik, rapi dan terjaga memang kaya. Kebanyakkan orang US prefer cabut gigi sebab murah dari tampal. Tetapi kalau kat Jepun nih, doktor gigi akan suggest untuk buat treatment macam tampal dan rawatan akar dari cabut. Katanya, setiap gigi ada fungsinya walaupun gigi oyashirazu (gigi geraham paling dalam yang takde kawan dia tuh). Kalau dicabut, sayang kat gigi tuh.. Hmmmm...tapi kalau fikir balik, sayang gak gigi kena cabut. Bukan tumbuh balik. Lainlah kalau gigi susu!.




Dulu rajin gi klinik kat bawah nih (doktor gigi nih favourite terutama di kalangan orang tua sebab doktor baik dan quality A+), tapi disebabkan tak larat nak tunggu lama dan sebenarnya dah malas nak follow-up so tukar kat doktor gigi lain yang dekat gak. Masuk-masuk klinik nih rasa macam masuk ryoukan (hotel air panas kat jepun) . Ada pokok hijau kat dalam klinik dan bangunan pun macam dulu-dulu. Sampai ajer terus masuk jumpa doktor. Tuh yang best. takl payah tunggu2 sampai tertidur. Doktor tuh orang tua tapi cekap betul buat kerja.



Mula-mula jumpa, doktor tanya dari mana datang, buat apa kat sini dan 1001 soalan yang memang dok selalu kena jawab bila jumpa orang jepun kat sini. Lama-lama doktor tuh kena tanya lak. Macam-mana nak buat bridge nih, berapa kena bayar, apa yang digunakan waktu nak tampal gigi, apa beza implant dan bridge. Last-last doktor tuh kata waktu nak balik, kalau tak faham boleh tanya lagi ya....Jangan malu nak tanya. 聞くは一時の恥、聞かぬは一生の恥!



So lepas nih kena jumpa doktor tuh lagi sebab tak habis treatment. Dengan doktor nih murah sikit. Rupanya kalau murah tuh sebab dia tinggikan point dalam insurans, kalau tak silap. So kita dapat bayar murah. Lain klinik, lain bayarannya. Dah tak mahu sakit gigi lagi. Dulu setiap kali pregnant mesti sakit gigi sebab kalsium kurang. Jumpa doktor gigi, Lisa Alis kat Bangi mintak dia tampal ajer. Doktor Lisa tuh memang baik dan lembut. Tak pernah kena ganas-ganas ngan dia. Doktor gigi kat jepun lak susah betul nak jumpa yang doktor perempuan. Hmmmmm....





No comments:

Post a Comment