Sunday, August 08, 2010

Berkhemah

Semalam, kami berkhemah satu malam dua hari di Tsunoshima bersama adik-adik students dari Yamaguchi University dan yang dah bekerja di Tokuyama seramai dekat 40 orang. Tempah 5 campsites di tepi pantai dan menghadap laut. Kali ini di atas bukit dan dekat dengan bilik air.

Kami sampai dalam pukul 4 petang dan waktu tuh banyak kereta yang mula keluar dari pulau. Matahari pula memang tengah terik jadi semua tak sabar-sabar nak terjun laut. Tahun ini ramai sungguh orang Jepun mandi laut. Tapi pukul 6 petang diaorang beransur balik dan kami mula pasang khemah. Sambil tuh yang lain mula pasang api BBQ untuk bakar ayam. Makan malam sambil bertemankan bunyi ombak dan ribuan bintang di atas langit memang sedap!. Lepas makan pula, ada aktiviti main bunga api di tepi pantai.

Lepas habis main bunga api, Haziq dan Hazim naik tidur pukul 10 lebih. Nyenyak sungguh. Walaupun angin punyalah kuat sampai khemah kami semua rasanya macam nak terbang. Yang tidur luar asyik cuak takut khemah tumbang. Dalam lebih kurang 1 pagi, angin pun dah tak kuat tapi menurut cerita diaorang keesokan paginya, sang nyamuk pula datang menyerang. Sampai ada yang kalah kena tidur dalam kereta!.

Esok pagi lepas subuh, semua orang lapar. Masak simple-simple dan apalagi, Haziq dan Hazim minta mandi laut seawal pukul 6 setengah pagi. Memang best mandi laut pagi-pagi nih. Air laut tidaklah sesejuk mana. Tahun nih budak-budak bujang tuh semua buat sukaneka. Hantar ayah sebagai wakil family. Hehe. Umminya pula melayan Haziq dan Hazim mandi laut, main bot. Orang Jepun pun tak seramai yang mana mandi pagi. Lagipun kami pilih "private beach" kami, yang paling hujung sekali.

Kali ini, kami semua puas mandi laut. Laut Tsunoshima memang best!. Jernih airnya. Pukul 10 pagi, semua orang naik ke atas untuk sarapan pagi dan kemas khemah. Pukul 11 setengah pagi, kami semua beransur pulang. Haziq dan Hazim pula masuk kereta terus tidur kepenatan. Tahun depan kita pergi camping kat Tsunoshima lagi ya.

みんな、ありがとうね。
そして、お疲れ様でした。

No comments:

Post a Comment