Wednesday, February 03, 2010

Makanan

* Entri yang panjang sedikit.

Sekolah Haziq hanya beri makanan utama seperti nasi,roti dan susu untuk menu tengahari. Lauk pula kena bawa dari rumah. Dulu, terfikir untuk buat menu yang berlainan tapi sebab susah fikir nak bawa bekal apa tiap-tiap hari, jadi setiap bulan akan ikut menu dari sekolah yang ada tulis bahan-bahannya (tanpa cara buat).

Mulanya agak susah sebab bahan-bahan dalam makanan Jepun ada yang kita tak pernah tahu pun wujud tapi bila cari dalam internet barulah tahu apa baca dalam Jepun. Cuma kadang-kadang menu sekolah Haziq lain dari yang lain.

Setiap hujung minggu, kami beli barang dapur berdasarkan list tersebut. Sekolah Haziq memang 100% lauk bekal dari rumah, sekolah Hazim pula akan tengok menu yang tak boleh makan sahaja (cuma 50% lauk yang boleh makan). Menu makan malam kami pula ikut bahan yang ada di dalam peti ais.

Hari ini, Haziq kata dia menangis kat sekolah waktu makan tengahari. Bila tanya kenapa, dia kata, kawan dia tengok ada satu lauk tuh Haziq tak bawa. Diaorang kesian tengok Haziq makan lauk sikit. Sebenarnya Haziq tak suka lauk tuh jadi awal-awal lagi dah kata tak nak bawa. Lauk Jepun nih lebih banyak guna sayur yang dah diperam dengan shoyu atau garam/gula.

Haziq pula memang tak nak kalau orang bagi makanan kat dia sebab dia takut termakan benda yang tak boleh makan. Dia menangis sebab tak mahu kawan beri tapi tak beritahu pada sensei. Kesudahannya, sensei nampak dan beritahu pada kawan-kawan yang Haziq ada situasi yang lain dan tak sama dengan kawan-kawan.

Balik rumah, seperti biasa bila tengok buku sekolah Haziq lain macam aje. Dia conteng dalam buku dengan lukisan yang tak dapat ditafsir. Bapa saya guru lukisan dan saya minat lukisan. Oleh itu, bila saya tengok lukisan anak, saya cuba teka apa yang bermain dalam fikiran diaorang waktu melukis.

Bila Haziq cerita pasal dia nangis, dalam hati tak boleh jadi nih,kena telefon sekolah tanya sensei apa sebenarnya terjadi. Sensei Haziq pun cerita memang betul apa yang Haziq kata. Lepas habis telefon sensei, cakap baik-baik dengan Haziq yang Haziq tak sama dengan orang lain.

Menu Haziq lain dengan orang sebab Haziq orang Islam. Dia faham pasal kena jaga makanan tapi dia tak faham kenapa kawan-kawan nak bagi juga lauk tuh pada dia. Bagitahu kat Haziq,

"Kawan-kawan kasihan tengok Haziq takde lauk sebab itu diaorang bagi. Lepas ini, kalau Haziq tak suka pun Haziq bawa sahaja. Tak makan pun tak apa. Ummi akan cuba masak bagi sama macam menu kat sekolah ya".

Sebenarnya Haziq memang seorang yang tegas bila sampai bab-bab makanan. Sanggup dia menangis kalau sensei bagi makanan yang dia tak pernah nampak atau kami tak pernah beli sebab dia tak mahu kata kat sensei, dia tak boleh makan.

Dia tak suka orang tanya kenapa atau mungkin dia tak suka tolak pemberian orang. Haziq akan bawa balik rumah dan check samada boleh makan atau tidak. Harap-harap lepas ini, Haziq boleh bagitahu pada kawan-kawan kalau mereka tanya kenapa tak boleh makan itu ini daripada air mata dia yang keluar.

No comments:

Post a Comment