Saturday, February 14, 2009

Hobi baru

Dulu waktu sekolah menengah, tak pernah terfikir nak ambil subjek Sains Rumahtangga (SRT). Rasa tak best lak bila kena main masak-masak dan menjahit semua tuh. Oleh kerana cikgu yang mengajar subjek itu pun memang garang, mood nak ambil SRT terus hilang.


Sampai ke universiti kat Jepun, waktu belum kahwin, nasib baik tak banyak kena jahit seluar dan lain-lain. Kalau kena gak, jahit pun main hentam ajer:)


Tapi bila dah kahwin, nak tak nak terpaksalah belajar menjahit sikit-sikit. Rasa rugi sangat tak belajar menjahit dulu-dulu. Kalau tidak dah boleh buat baju ahli keluarga sendiri.


Mood nak mula belajar menjahit ini timbul bila tengok mak-mak Jepun pandai menjahit, banyak buku-buku menjahit kat library dan comel-comel hasil seni jahitan kat Jepun nih. So berbekalkan mesin jahit "pinjam" kohai, bila habis presentation dan interview phd, jadilah 3, 4 benda. Kantung kecil, table runner (2 helai) dan alas cawan (コースター) yang diperbuat dari kain kimono pemberian sensei Haziq dan Hazim. Gambar kantung kecil dan table runner lagi satu takde sebab malu, tak lawa:)



No comments:

Post a Comment