Wednesday, December 12, 2007

macam-macam

Hari sabtu ada persembahan sekolah Haziq dan Hazim. Haziq macam biasa, ikut mood tapi Hazim memang boleh berlakon dan menyanyi dalam japanese. Kelakar tengok Hazim masa berlakon jadik ketam. Pakai topi kat kepala bentuk ketam pastu bawak gunting kertas besar nak potong tali. Balik tuh makan tenpura kat luar. Haziq lak mood baru baik demam so makan sikit ajer. Lepas habis makan balik rumah, semua orang pengsan, letih, tidur.




Hari ahadnya, kami diajak ke kilang Noritake. Tak pernah pergi so nak lah tengok rupa kilang Noritake tuh camne. Dekat ajer ngan tol. Sampai-sampai ajer, eh...kilang ker nih..bangunan agak usang. Noritake nih sesuai untuk orang seni...Design bunga dan abstrak. Ada Japanese style punya pinggan, cawan dan semua. Pergi kereta kosong tapi balik...hehehe...ada beli pinggan, teko dan cawan teh..not bad harga. Murah gaklah sebab suka gak ngan design jepun nih.. Oh ya, terkejut ada pokok pisang kat sini. Nak ajer ambik sikit bawak balik boleh bungkus ikan bakar, buat nasi lemak etc tapi seganlah pulak....lagipun pisau takde....





Hari nih lak gi jumpa doktor gigi lagi pasang bridge. Punyalah lama nak pasang, and doktor tuh alter macam2. Segala jenis alat keluar. Dari gerudi kasar, gerudi halus, gam, ubat dan macam2 termasuk lilin nak bakar apa tah.. Pening tengok alat-alat yang doktor gigi nih pakai. Kalah orang kerja tukang rumah. At least rumah boleh nampak sebab besar tapi nih gigi kat dalam!!!..Respek betul sapa jadik doktor gigi nih.. Hari jumaat nih kena jumpa dia lagi..sebab dia nak alter lagi amenda tah...so bila nak balik kena bayar 7, 140yen (dalam 210rm). Tak sure kenapa murah dari sepatutnya (12,000yen). Mungkin dia bagi diskaun kot sebab hari tuh doktor nih kata kesian tengok sebab dok kat jepun semuanya mahal kan...Sengih ajerlah time tuh...

No comments:

Post a Comment