Saturday, May 19, 2007

Cinta di Lautan Lalang



Hazim selalu buli Haziq.
Dulu Haziq tak melawan tapi menangis bila Hazim pukul.
Haziq tak sampai hati nak pukul Hazim.
Hazim pulak naik sedap bila tengok haziq tak melawan.
Satu hari Haziq pertahan diri dengan pegang kuat2 tangan Hazim.
" Abang kuat. Adik jangan pukul Abang"
Seminggu yang lepas, dapat nampak perubahan.
Kali ini Hazim pula yang menangis bila bergaduh dengan Haziq.
Makin kurang Hazim membuli Haziq.
Hari ini Hazim buat lagi.
Ummi tengokkan sahaja tapi bila tengok makin teruk jadiknya, Ummi tarik Hazim.
Ummi suruh Hazim minta maaf kat Haziq sebab pukul Haziq.
Mulanya Hazim tak mahu tapi bila kena paksa, dengan nangis2 Hazim pergi kat Haziq.
"Gomen nasai (Minta maaf)"
Nak tahu apa kata Haziq?.
"Iii yo (takper)" dengan buat muka biasa jer sambil sambung main.
Ummi tersentuh tengok Haziq pandai memaafkan Hazim.
Haziq tak kesah bila Hazim pukul, sepahkan mainan yang Haziq dah susun elok2, ambil barang Haziq, conteng dalam buku Haziq dan macam2 lagi.
Malah Haziq akan tolong Hazim lukis muka orang, buatkan origami, susunkan block mainan, buatkan jalan keretapi, carikan mainan Hazim (yang Hazim malas nak cari tapi selalu kata takde), syampookan rambut Hazim dan macam2 lagi.
Ummi tersentuh sungguh bila melihat Haziq menjadi seorang yang pemaaf dengan Hazim.

No comments:

Post a Comment