Saturday, February 17, 2007

Sabtu yang hujan

( FreeFoto.com)

Semalam Ummi test drive utk kali ke tiga.. Dahlah pagi tuh gi jumpa doktor gigi...Pastu tgk jam dah pukul 12 lebih.. so bergegas nak gi ke tempat test.. Ingatkan Jumaat sure ramai orang tapi ok ajer.. lepas beratur borak2 ngan 2 orang indonesians. Semalam pun diaorang failed.. Susah bebeno yang manual nak lepas so sorang tuh nak tukar pada automatic ajer (kat jepun boleh pilih nak bawak kereta manual atau automatic ajer.. kalau ambik lesen manual, kereta auto pun boleh bawak tapi kalau lesen auto tak boleh bawak kereta manual).. Hopefully boleh lepaslah test tapi apa nak buek.. Tak lepas lagik..Malas dah Ummi nak ambik test nih lagik.. Tapi kalau tangguh bila lagi kan...Takde lesen lagi susah.. Ayah dahlah tak ambik lagik...For sure lambat lagi sebab belum ada cuti...Takperlah ini pun kira instructor tuh baik gak.. Terangkan kat mana yang salah...Isnin nih cuba lagik untuk kali ke 4. Huh, tempat lain lagilah 10 kali test baru lepas pun ada.. Hopefully taklah sampai 10 kali.. Penat Ummi nak berulang alik ke tempat nih.


Hari nih Ayah kerja. Kesian ayah....Nampak penat sebab baru balik outstation dari Malaysia then Miyazaki then sabtu nih kerja.. Penat gak kerja ngan Jepun nih tapi tuhlah rezeki kami....kat luar hujan lak.. Haziq dan Hazim belum bangun. Maybe sebab letih dok main banyak semalam... Sekarang Haziq dah pandai suruh Hazim buat macam2. Kalau Ummi marah Haziq jangan tuang bakul mainan (sebab Haziq dan Hazim tak reti nak kemas balik), mesti Haziq suruh Hazim tuang , "Adik, adik gi tuang tuh adik...". Haziq pujuk Hazim buat macam2 so that Ummi akan marah Haziq tapi dalam Ummi dok buat kerja, Ummi dengar Haziq suruh so bila Hazim tuang gak, Ummi marah Haziq dulu.


Lagi satu kalau Ummi tengah sembahyang, Haziq suruh Hazim main2 letak tangan kat sejadah "Adik, o te te adik..."(maknanya letak tangan kat sejadah), so Hazim dok main2 depan Ummi sembahyang. Ummi tak jadik sembahyang, Ummi marah Haziq sebab suruh Hazim kacau. Geram betul la Haziq sekarang dah pandai suruh Hazim nih... Pastu kalau ada benda2 yang Haziq nak buat tapi tak berani, Hazim lah yang kena buat. Kadang2 Hazim taknak buat, Haziq akan kata "Adik, biar....". Hazim menangis lari kat Ummi. Sebab Hazim tahu kalau Haziq kata biar, mesti taknak buatkan Hazim macam2 (jalan keretapi, bacakan buku cerita la....)...Hmm...dah terrer rupanya Haziq mempergunakan Hazim ya...

1 comment:

  1. Perangai haziq tu sebijik cam anak saya yg sulung tu....selalu dok suruh adik dia buat benda-benda yang dia tak berani nak buat....

    ReplyDelete