Dapat surat rasmi dari Toyota Thailand kata ok untuk melawat kilang di Banpho nanti. Alhamdulillah senang kerja. Toyota Malaysia pun dah kata okay. Memang Toyota nih syarikat yang dekat dengan orang ramai. Tak hairan lah kalau Toyota merupakan jenama yang semakin naik (dalam Asia Tenggara) walaupun ada tercalar dek recall tapi diaorang bekerja keras untuk perbaiki kesilapan itu.
Tunggu jawapan dari Perodua dan Proton, bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Perodua memang dah tahu tak boleh buat lawatan sebab ada model baru nak keluar tapi untuk interview masih belum ada jawapan. Proton pula...hmm.. tak boleh nak komen. Sukarnya nak dapat melawat kilang membuat kereta nasional nih. Mungkin kerana permintaan dari seorang pelajar yang bukan ada nama hebat di belakang atau mungkin bukan dari Universiti Malaysia yang ternama dan nampak gah. Tapi takper. Cuba telefon untuk follow-up sekali lagi. Harap-harap ada jawapan positif demi kemajuan anak bangsa sendiri. Huhu...
* Luahan perasaan untuk hari ini yang tidak dapat dipendam sudah rasanya.
No comments:
Post a Comment