Haziq dan Hazim bangun pukul 5 setengah dan azan Subuh kedengaran. Kami turun sarapan awal pukul 8. Sarapan di hotel macam biasa roti, telur, air teh epal (sedap sebab Haziq dan Hazim pun boleh minum) dan telur rebus. Cheese ada tapi tah tak boleh masuk kat tekak nih. Pagi-pagi kot.
Lepas sarapan kami berjalan ke arah bertentangan dengan Masjid Biru dan Hagia Sophia untuk ke Grand Bazaar. Main redah sebab tengok peta pun tak faham. Pagi-pagi kereta pun kurang dan dapatlah tengok suasana sibuk orang buka kedai, pergi kerja, sarapan kebab yang dijual di mana-mana kaki lima jalan dan kereta yang agak laju lalu di jalan yang sempit.
Nak masuk Grand Bazaar kena scan badan dulu. Masuk-masuk ajer terus jumpa lorong emas dan perhiasan diri. Kat sini ada banyak lorong. Ada lorong sandal, lorong karpet, lorong baju kulit dan lorong baju dalam pun ada. Kami sesat dalam pasar nih. Tak tahu jalan keluar tapi tak patah balik. Main pilih jalan dengan Haziq dan Hazim. Gilir-gilir kata belok kiri dan kanan. Akhirnya entah macam mana kami dapat keluar balik ke jalan yang kami sampai. Sempat tukar duit Euro ke Lira kat dalam Grand Bazaar.
On the way nak balik, kami singgah supermarket beli yogurt, biskut, susu kotak. Ingat nak beli roti tapi terkejut tengok roti besar giler. Camne nak bawa balik. Orang Turki nih memang suka makan roti perancis dan yogurt. Kebetulan dua benda tuh kesukaan Haziq dan Hazim. Seronok dapat makan yogurt strawberi yang sedap!.
Balik dulu ke bilik hotel. Jumpa orang tengah kemas bilik. Minta kettle dan suruh dia buangkan sampah. Macam itik dengan ayam rasanya bila sorang cakap Turki, sorang cakap English. Hotel di Turki kalau 4 bintang tuh jangan haraplah servis atau biliknya tiptop. Bolehlah sekadar buat tidur dan mandi. Yang penting selesa sebab bilik luas. Katil double 1 dan single 1. Ada Wifi dan cable tv.
Lepas rehat sekejab, Haziq dan Hazim masuk bilik air buang semuanya barulah kami berjalan ke Hagia Sophia. Time nak masuk Hagia Sophia, kena scan beg dan waktu tuh ada pelancong Jepun yang terdengar Haziq dan Hazim cakap Jepun. Diaorang siap tegur tanya sekolah kat Jepun ya. Haziq dan Hazim selamba ajer cakap Jepun kuat-kuat. Orang semua pelik tapi senyum tengok diaorang borak.
Tak dapat nak gambarkan suasana dalam Hagia Sophia. Terharu sangat sebab dapat tengok tempat ratusan tahun usianya dan memainkan peranan penting dalam ketamadunan Islam. Ramai juga orang yang datang. Kami naik sampai ke tingkat atas. Cantik betul lukisan dalam nih.
Habis melihat-lihat dalam Hagia Sophia, kami naik bas dua tingkat untuk 1jam setengah perjalanan melihat bandar Istanbul. 20 Euro untuk perjalanan dari bahagian Eropah ke bahagian Asia melalui dua jambatan yang berlainan. Sana sini masjid. Dan banyak tinggalan sejarah seperti istana, tembok pertahanan dan macam-macam lagi. Cantik sangat pemandangan dari atas bukit. Masuk sahaja Taksim, terus nampak kemodenan Istanbul. Jalan pun agak sibuk.
Disebabkan dah lebih tengahari dan Haziq dan Hazim belum makan nasi, bermulalah ragam diaorang dalam bas. Boring agaknya lama sangat atas bas. Kami sampai semula ke depan Masjid Biru (tempat mula naik bas) pukul 4 petang dan berjalan balik ke bilik hotel.
-bersambung-
p/s tertinggal lak cerita kami masuk Basilica Cistern (tempat penyimpanan air bawah tanah). Next entry lah ya. Ada perbualan antara Haziq dan Hazim yang menarik mengenai tempat nih.
No comments:
Post a Comment