Thursday, October 01, 2009

Lesen Kereta

Poskad suruh renew lesen dah lama sampai. tapi baru hari nih nak buat. Kat Jepun, lesen memandu akan mati sebulan selepas birthday. Tempoh untuk buat lesen yang baru adalah 2 bulan iaitu sebulan sebelum dan sebulan selepas birthday.

Nak renew lesen kena ambil kelas keselamatan jalanraya selama 2 jam. Untuk orang yang pertama kali renew dan orang yang kena 3 point kesalahan ( bawa laju atau accident), kena hadir kelas selama 2 jam. Kalau lepas 3 tahun, tiada point kesalahan dikenakan barulah kena hadir 1 jam sahaja atau 30 minit sahaja.

Lesen memandu kat Jepun ada warna. Warna biru untuk yang biasa, lepas biru jadi warna gold selepas 5 tahun untuk pemandu yang tiada point kesalahan jalanraya langsung. Banyak kelebihan siapa yang dapat gold nih. Antaranya harga insurans kereta murah, boleh attend kelas 30 minit sahaja dan macam-macam lagi.

Tapi yang nak cerita kat sini pasal kelas tadi. Dalam satu kelas ada lebih kurang 25 orang. Diaorang buka banyak bilik jugalah. Mula-mula dia tayang video pasal macam mana boleh jadi accident. Lepas itu barulah instructor bagi lecture. Adalah dalam dia cakap banyak-banyak, dia bagi nasihat supaya ambil masa untuk lihat keberangkalian berlaku kemalangan dari semua sudut. Maknanya, mungkin tiba-tiba ada budak lari ke jalan nak ambil bola, orang tua naik basikal terhuyung-hayang sebab angin kuat dan lain-lain.

Kebanyakkan kemalangan jalanraya kat Jepun adalah kemalangan di simpang (dekat 60%). Puncanya: tak berhenti di garisan yang kena berhenti sebentar (walaupun tiada lampu isyarat). Sambil-sambil dia bercerita contoh kesalahan jalan raya, dia cerita betapa mahalnya nak bayar denda, kena masuk penjara (kalau bawa kereta dalam mabuk) dan kemungkinan besar lesen akan ditarik balik. Habis lecture, lesen yang baru pun siap. Setengah hari dah beres semuanya:)

Mungkin kalau sekali dengar, lecehnya nak renew lesen kat Jepun nih tapi sebenarnya elok sekali sekala kita diingatkan tentang pentingnya bersabar di jalanraya dan ingat kesilapan kecil ketika membawa kereta boleh mengundang bahaya bukan sahaja pada diri kita tapi orang lain juga.

Akhir kata, selamat memandu. 無事故無違反で。。。(ingatan untuk diri sendiri gak...)

No comments:

Post a Comment