Thursday, May 03, 2007

Balik Kampung part 1





Mak Tok dan Wan sampai dah ke Jepun dengan 2 orang mak Long pada 29/4/2007. Ayah dan Ummi pinjam kereta Kawan Ummi selama 2 minggu untuk bawak Mak tok dan Wan semua gi jalan2. 30/4 dan 1/5 Ummi dan Ayah bawak semua gi jalan2 balik kampung ke Saijo, Hiroshima. Setelah 7 dan 8 tahun pulang semula ke tempat waktu belajar, banyak sungguh yang sudah berubah di Saijo. Bermalam di rumah junior Ummi di sebelah rumah lama Ummi. Natsukashi!!!...Ingat lagi jalan lak tuh...cuma susah nak masuk sebab sempit sangat jalannya..

Bila ke Hiroshima Universiti ternampak junior malaysia sedang berjalan ke Universiti. teringat time belajar dulu. Singgah di rumah lama Ayah di Misonou. Masih seperti dulu jugak. Lepas tu, barulah bertolak ke Shobara untuk bertemu dengan keluarga angkat Ummi, Morinaga Family. Setelah 4 tahun tidak bertemu, memang seronok bila masing2 bertanya khabar. Yang tinggal bersama kedua ibu bapa angkat Ummi hanyalah anak lelaki yang kedua, Shin-chan. Asuka dan Kentaro sudah berkahwin dan masing2 sudah ada seorang anak dan dua orang anak. Comel2 belaka anak2 mereka. Kami berjalan melihat Shibazakura dan tulip di Beihoku. Hari bekreja jadik tidak ramai orang berjalan2. Puas hati bila melihat Mak Tok dan Wan semua suka melihat bermacam2 jenis bunga.

Ummi drive ganti Ayah dalam perjalanan pulang ke Moji. Asalnya mahu ikut jalan biasa tapi dek kepenatan naik highway. Disebabkan penat berjalan dua hari, Ummi cuma mampu drive separuh perjalan and the rest Ayah yang bawak kereta. Sampai rumah pukul 9 setengah malam. Semua kepenatan. Haziq dan Hazim paling suka bila sampai di rumah sebab ada mainan dan buku. Bersambung dalam next report.........

No comments:

Post a Comment