Wednesday, March 07, 2007

Haziq demam



Hari nih Haziq demam. Tak gi sekolah. Ummi bagi ubat demam Anpanman. Semalam Ummi bawak Haziq dan Hazim ke library. Seronok sebab banyak buku so Ummi buatkan kad library and Haziq dan Hazim pinjam 2 buah buku pasal keretapi. Hazim suka pasal Thomas dan Haziq lak pasal shinkansen. Ummi pun suka sebab banyak dapat buku best2. Bolehlah Ummi melengkar sambil baca buku. Tapi bila Haziq dan Hazim nampak Ummi baca buku, mesti sibuk nak suruh Ummi bacakan buku keretapi. Alahai...

Ummi telefon sensei kata Haziq demam dan tak pergi sekolah. Sensei kata esok ada ensoku (trip)ke Mojiko. So kenalah prepare things utk Haziq dan Hazim bawak nanti time nak makan kat luar. Macam botol air, alas makan, baju spare, sweets/kuih2 dan nasi. Kalau haziq dah baik demam bolehlah pergi esok. Tapi sejak semalam suhu turun. Dari semalam sejuk. Ayah balik kerja pun kata sejuk. Esok tak tahu lah sejuk ker tak ya...Tengok dalam tv, 4 tahun dulu, pada tarikh yang sama, salji turun dalam 5cm. Suhu lak paling tinggi 8.2 deg. sejuknya!!!!

Baju lak tak kering2 bila time sejuk nih. So terpaksalah Ummi gi laundry keringkan baju.. Ish..malas lak nak keluar sejuk2 nih..Nak basuh pinggan pun sama... Sejuk kalau nak ke dapur. Hari nih punya plan nak keluar belikan barang2 Haziq dan Hazim utk trip esok...

2 comments:

  1. Salam kenal buat hanny...so amacam anak ummi hari ni...dah kurang ke demam haziq tu...moga Haziq akan segera sembuh untuk ensuko ke Mojiko

    ReplyDelete
  2. hi kak lady, segan kita orang femes cam kak lady datng sini. Arigato!. Haziq dah ok demam. Sekarang nih tengah jalan2 sama cikgu ngan kengkawan.. tak tahu boleh ker handle sendiri tuh...tuh pun time nak tinggalkan, mata dok kuyu nak nangis!!!...

    ReplyDelete