Tahun lepas, buat kali pertama kami telah berpuasa di Malaysia dan yang tak boleh dilupakan sebulan saya di hospital kerana masalah dengan kandungan (waktu mengandungkan Fahim). Seminggu nak raya baru doktor release balik rumah dengan syarat lepas raya kena datang balik hospital. Kasihan bila balik rumah tengok Haziq dan Hazim kurus sebab berpuasa dan bersekolah pada waktu yang sama. Alhamdulillah diaorang dapat berpuasa penuh. InshaAllah tahun ini, saya berdoa supaya kami sekeluarga dapat melalui bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan dan dapat melakukan ibadah yang lain. Ramadhan Mubarak untuk semua!!
Display makanan di bahagian depan restoren Jepun. Menarik kan walaupun bukan makanan betul. |