Tuesday, June 26, 2012

Transit

Sebelum balik Malaysia, ada terbaca mengenai transit nih. Bukan transit kapalterbang tapi ada term lain untuk ibu bapa yang tak boleh nak ambil anak balik dari sekolah pagi, lepas tuh siapkan untuk sebelah petang. Transit nih tempat untuk anak-anak makan tengahari, mandi dan tukar baju untuk sessi sekolah petang. Kadang-kadang di rumah orang dan kadang-kadang di tadika.

Pening kepala juga nak fikir transit sebab nak kena fikir pengangkutan juga. Memandangkan Umminya ada Kursus Induksi mulai hari ini jadi waktu rehat akan jadi pendek, takut tak sempat nak hantar diaorang ke sekolah agama sebelah petang, semalam dah start ambil van sekolah dan hantar ke tempat transit.

Nasib baik tadika dekat dengan sekolah kebangsaan sebelah pagi jadi naik ramai-ramai dalam van pun sekejab saja. Bila tengok tadika pun, hmm.. kesian juga tapi apa nak buat. Kenalah sabar untuk tiga minggu, dari hari Isnin sampai khamis. Jumaat pula boleh makan dan siap-siap kat rumah sama Ummi.

Bila difikirkan lama-lama, inilah dilema ibu-ibu bekerja. Kurangnya tempat penjagaan anak-anak. Ramai sungguh yang ada di tempat transit yang Haziq dan Hazim pergi nih. Terfikir nak buat research pasal transit budak-budak sekolah kat Malaysia. Sekurang-kurangnya dari research nih, dapat cadangkan pada kerajaan supaya sediakan tempat khas untuk budak-budak sekolah transit. Bukannya gabungkan dengan tadika ataupun rumah orang. Walaupun diaorang cuma sekejab (makan, mandi dan tukar baju) tapi melibatkan banyak benda. Contohnya pengangkutan dari sekolah pagi ke tempat transit dan dari tempat transit ke sekolah petang. Tempat khas yang disediakan oleh kerajaan mestilah dekat dengan sekolah atau dalam kawasan sekolah. Anak-anak tidak perlu naik van dua kali. Tempat transit khas ini ada disediakan bas sekolah siap dengan insurans. Hmm...macam-macam idea ada sekarang nih. Buat sementara waktu, hanya dapat berdoa supaya Haziq dan Hazim serta anak-anak yang ada di tempat transit nih dilindungi oleh Allah swt. 

Monday, June 25, 2012

Cermin mata


Semalam bawa Haziq check mata di kedai cermin mata kat Billion Bangi. Tengok-tengok memang kena pakai cermin mata dan ada silau pula. Padanlah start masuk sekolah, Haziq asyik kata silau bila tengok tulisan cikgu kat depan. Lagi satu dia asyik kata sakit kepala. Tengok tv dan main game pun suka dekat-dekat. Pagi tadi waktu nak hantar ke sekolah, Haziq taknak pakai spek. Maybe malu dengan kawan atau dia tak suka kawan-kawan perhatikan dia. Cuma pesan dengan Haziq, kalau nak belajar kena pakai cermin mata. Tak tahulah dia buat ker tidak. Hazim pula kata abang dia macam Conan the Detective tuh. Hmm, baru darjah 3 dah kena pakai spek. 

Semalam juga, pertama kali panggil orang tolong lipat kain, strerika baju, bersihkan bilik air dan mop lantai. Ada dua orang Indonesian tapi dua-dua buat kerja tak betul. Bila nak tunjukkan cara yang betul, belum habis arahan, diaorang dah kata "ok kak, ok kak". Tapi bila tengok lepas tuh, hampeh!!. Hazim gosok baju lagi cantik dari diaorang buat. Mungkin inilah kali terakhir panggil orang datang rumah tolong buat kerja rumah. Baik buat sendiri walaupun penat perut dah besar tapi tak sakit hati lepasnya. Memang kena tunggu kak siti dari Indonesia datang agaknya....Mohon dipermudahkan segala urusan. Amin...

Tuesday, June 19, 2012

Ofisku


Setelah masuk kerja selama sebulan setengah dapat gak ofis sendiri. Yay!!. Carpet baru, cat dinding baru, esok lak boleh dapat kerusi baru. Semangat pun baru. Luas juga ofis nih berbanding dengan ofis sementara sebelum nih. Tapi bangunan yang berlainan dengan pejabat am dan tempat nak copy. Perut pun dah makin membesar so nak berjalan tuh dah macam lori balak naik bukit. Slow ajer melangkah. Alhamdulillah, parking kereta betul-betul depan bilik. 

Friday, June 15, 2012

Insha'Allah


A simple but beautiful story

Terjumpa satu artikel nih yang betul-betul menusuk kalbu.
Insha'Allah itu sebenarnya mendidik diri sendiri supaya menerima segala yang akan berlaku itu semuanya atas rancangan Allah, qada' dan qadar. Kita hanya mampu merancang...

Sampah

Pagi pukul 7 dah nampak satu "pemandangan" yang sungguh menyakitkan hati. Waktu tengah tunggu lampu isyarat, ternampak tin milo dibuang dari tingkap kereta. Selamba ajer!. Kalaulah sampah tuh terkena kereta belakang, habis calar kereta orang. Takpun kena kat pakcik naik motor. Kesian baju bersih-bersih jadi kotor sebab percikan air milo yang ada sikit tuh. Walaupun kereta orang yang buang sampah tuh cantik dalam dan luarnya tapi hati dia kotor sebab membuang sampah dari tingkap kereta. Aduhai.

Diatas kesedaran di atas, blog ini dengan penuh dhaifnya ingin melancarkan "Kempen Jangan Buang Sampah Dari Tingkap Kereta (KJBSDTK)" berkuatkuasa sekarang juga. Langkah pertama yang mesti dibuat oleh setiap pengunjung blog ini ialah sediakan tong sampah kecil (atau beg plastik) dan buang sampah dalam tong sampah di dalam kereta, bukan ikut tingkap kereta.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 14, 2012

Sistem Pendidikan Jepun

Walaupun baru sahaja masuk sekolah 2 bulan tapi banyak betul nak bandingkan dengan sistem pendidikan di Jepun. Mesti akan ada orang kata, " Jepun tuh lain, negara maju" atau " Orang Jepun kaya, boleh sumbang duit macam2" atau lain-lain alasan yang orang kita mungkin kata. Tapi hakikatnya, kita kena belajar sesuatu dari sistem pendidikan diaorang. Antaranya:
  1. Cikgu sekolah Jepun takde bawa rotan.
  2. Walaupun ada anak murid yang nakal, cikgu kat sana takde yang marah jerit-jerit atau cakap dengan suara yang kuat. Kebanyakkannya akan tanya anak murid yang nakal, apa akibatnya kalau dia buat camtuh. Jadi dengan sendirinya budak itu akan faham akibat dan ada tanggungjawab sendiri.
  3. Sekolah Jepun menitikberatkan peranan PIBG dengan sekolah. Ibu-bapa mainkan peranan untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di sekolah, bukan tanggungjawab guru sahaja. Contohnya, PIBG sekolah Jepun akan adakan seminar, kelas macam-macam untuk rapatkan hubungan dengan guru dan anak-anak. 
  4. Ada network di antara ibu-bapa anak-anak yang sama kelas. Sebarang masalah boleh bincang dengan guru kelas.
  5. Guru kelas akan ajar semua subjek untuk kelas itu sahaja. Dengan cara ini, guru kelas akan kenal perangai anak muridnya satu persatu. Setiap tahun, guru kelas akan bertukar.
  6. Sistem sekolah Jepun menitikberatkan kebersihan. Basuh bilik air, lap koridor, sapu sampah keliling sekolah semuanya dilakukan oleh murid darjah 1 hingga 6. Murid tahap 6 akan ajar cara membersihkan bilik air pada murid darjah 1. Setiap 2 minggu, tugas akan bertukar. Setiap murid dapat pengalaman untuk bersihkan kawasan masing-masing.
  7. Ada buku perhubungan diantara guru dan ibu bapa yang harus diisi oleh anak-anak ketika kelas yang terakhir. 
  8. Anak-anak di ajar untuk tulis diari pada hari itu dan balik tunjuk pada ibu bapa. Sekurang-kurangnya, ibu bapa tahu apa yang anak-anak belajar untuk hari itu. 
Sebenarnya ada banyak lagi point penting dalam sistem pendidikan Jepun tapi cukuplah setakat nih dulu. Tadi waktu hantar baju sukan Haziq ke sekolah, dapat pelung untuk tengok macam mana Sukaneka di sekolah Malaysia. Alahai, takde yang bersorak menyokong kumpulan masing-masing. Yang masuk acara mestilah berusaha tungkus lumus nak menang, tapi yang lain dok perhati diam ataupun main sendiri-sendiri. Kalau boleh, cikgu rumah masing-masing ajak anak murid bersorak bagi sokongan padu. Mesti lagi bersemangat diaorang kan...

Thursday, June 07, 2012

Venus

Semalam ajak Haziq dan Hazim tengok venus/ planet zuhrah melintas depan matahari kat dataran di dewan besar UPM. Excited dua orang sebab suka guna teropong. Asyik cakap "kinsei" maknanya planet zuhrah bila dapat tengok dot hitam depan matahari. Saiz zuhrah lebih kurang sama dengan bumi so bila dapat tengok fenomena nih rasanya macam kecil ajer ajer bumi bila dibandingkan dengan matahari. Kalaulah matahari tuh telan bumi ataupun dekat sket dengan bumi, sure musnahlah bumi. Subhanallah!. Betapa besarnya kekuasaan dan ciptaan Allah swt. Balik bilik, Haziq dan Hazim tak sabar-sabar nak tulis dalam buku nota diaorang. Siap belajar nama planet dalam BM dan BI. Sayangnya gambar yang Ummi ambil cuma boleh pakai hp. Nanti baru upload. Lepas nih kalau nak tengok fenomena macam nih kena tunggu lagi 100 tahun lebih. Gulp!!

Sunday, June 03, 2012

Kelip-kelip

Kat Jepun nak jumpa kelip-kelip sangatlah susah. Haziq siap ada buat projek sains di sekolah untuk bela kelip-kelip atau dipanggil Hotaru dalam bahasa Jepun. So, dah kata dalam hati kalau balik Malaysia nanti nak singgah Kampung Kuantan di Kuala Selangor untuk tengok hotaru nih.

Semalam, bertolak dari rumah lepas asar, terus naik highway baru, skve ke rumah sepupu di Kapar. Dari situ dah dekat dengan kampung kelip-kelip. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak ke situ. Sampai-sampai ajer, ramai sungguh orang beratur. Tapi orang kita tak ramai, yang ramai orang cina (singaporean kot), mat saleh....Lepas bayar RM50 untuk satu sampan (kami ambil 2 sampan untuk 7 dewasa, 3 kanak-kanak), tunggu dalam setengah jam, akhirnya dapat naik sampan. Pakai life jacket semua.

Sayangnya datang waktu bulan penuh jadi langit terang, cahaya hotaru tak berapa cantik. Macam-macam dapat belajar pasal hotaru. Hotaru bila hari siang, duduk atas darat, bukan kat pokok berembang ataupun duduk bawah daun. Bertelur pula atas lumut kat tebing sungai. Air sungai deras dan nampak dalam, 10 meter. Tapi memang cantik sangat. Macam lampu raya, lampu kat pokok krismas. Ada lampu yang terang (kelip-kelip jantan) dan ada yang malap sedikit ( kelip-kelip betina).

Menarik juga pengalaman tengok kelip-kelip dan orang yang bawa sampan kami selalu bawa sampan dekat sikit dengan pokok berembang supaya Haziq dan Hazim dapat tengok dekat-dekat. Salah satu aktiviti cuti sekolah kami. Isnin nih plan nak naik kuda kat UPM pula, inshaAllah...

Friday, June 01, 2012

Balik dah..

Dah berbulan juga tak update blog nih. Untuk pengetahuan semua yang singgah "Dari Kacamata Ummi", kami sudah pulang ke tanahair tercinta!. Alhamdulillah semuanya selamat. Banyak yang berlaku selama 2 bulan sejak kami pulang. Haziq dan Hazim dah masuk sekolah lepas 3 minggu balik dari Jepun. Tak sanggup tengok diaorang duduk rumah lama-lama tak pegang buku, tak pergi sekolah. Walaupun tak boleh bercakap BM lagi, hantar juga ke sekolah. Biar tak faham atau boleh cakap BM, nanti lama-lama telinga dah biasa dengar BM, otak pun boleh proses untuk cakap sendiri BM. Sebelah petang hantar ke sekolah agama ABIM. Haziq dan Hazim dah diajar asas sembahyang, mengaji, mengenal huruf jawi sejak di Jepun jadi bila ke sekolah agama, diaorang lebih senang belajar berbanding sekolah kebangsaan. Kalau di rumah kami semua cakap Jepun untuk elak dari lupa bahasa Jepun. Nak tidur pun Haziq dan Hazim ambik buku cerita Jepun. Baru-baru nih dapat surat dari kawan-kawan sekolah Hazim. Hazim excited sampai tak sempat-sempat nak terus reply surat diaorang.

Cuti sekolah dua minggu, Ummi hantar diaorang ke kem anjuran UPM selama seminggu tapi balik hari. Bagus juga kem nih. Bila tanya fasilitator (salah seorangnya Ustaz yang ajar Haziq di sekolah kebangsaan) keadaan Haziq dan Hazim di kem, ramai yang kata diaorang nih walaupun tak pandai cakap BM, rajin bertanya apa makna atau apa yang fasi cakap di depan. Bukannya sepanjang masa belajar Alquran, hafazan surah tapi ada juga game berkonsep. Hari-hari kalau ambil diaorang, mesti berebut nak bercerita dengan Ummi apa yang diaorang buat kat Kem. Semalam bila tanya diaorang kalau ada kem macam nih, nak pergi lagi tak?, dua-dua orang kata nak, sebab seronok ada macam-macam. Alhamdulillah, takdelah sepanjang cuti sekolah nih Ummi tengok Haziq dan Hazim asyik main game kat komputer/iphone.

Next week pula, Ummi cuti 2 hari so tengah fikir nak training diaorang sambil petang-petang ajak gi taman mainan. Training penting iaitu training iron baju, basuh bilik air dan basuh pinggan. huhu. harap-harapnya anak-anak terunaku lulus!...