Friday, July 31, 2009

Macam-macam dengan iphone




Terjumpa kat youtube.
So cute dengan robochan nih.
Haziq dan Hazim pun sibuk kata nak robochan dengan iphone.
Budak-budak zaman sekarang......minat sungguh dengan benda high-tech...

Credit to ogutti

Thursday, July 30, 2009

Impact

Sejak akhir-akhir ini terasa malas sangat nak update blog. Ada cerita tapi tak sempat nak mengarang. Bila nak buka buku study, sempat ajer jenggah facebook. Patutnya kena tukar research title from "The Impact of Japan's EPA on Automotive Industry" to " The Impact of Facebook on Malaysian Life". Argh!.....


Friday, July 24, 2009

Bawa kereta di Jepun

1. Waktu pagi-pagi nak hantar Hazim ke tadika memang kena ikut jalan nombor 3 yang sentiasa sibuk tak kira masa. Kereta pula laju-laju. Selalunya ikut jalan depan traffic light sebab ada orang Jepun yang jalan pagi-pagi bawa anjing atau makcik-makcik Jepun yang exercise akan tolong tekankan lampu melintas jalan untuk beri kita jalan. Mungkin sebab diaorang tengok lama sangat tak boleh nak masuk jalan besar tuh yang diaorang tolong agaknya.

2. Bila dah sampai dekat dengan sekolah Hazim atau waktu petang nak ambil Hazim, selalunya bas bagi lampu tinggi suruh kita masuk. Kadang-kadang lama juga nak tunggu sebab kenderaan dari arah bertentangan (jalan nombor 3) banyak sangat.

3. Kalau singgah 7e dan nak masuk jalan utama time jam, mesti ada kereta yang akan bagi masuk. Sebagai tanda terima kasih, selalunya bagi lampu emergency sekejab.

4. Tapi dalam banyak-banyak kes baik hati ini, ada juga kes terpencil dan kebanyakkannya melibatkan TEKSI. Menyampah sungguh. Teksi kat Jepun tersangatlah kurang ajar, suka main masuk jalan orang dan tak bagi peluang langsung nak potong. Tak hairanlah kalau banyak eksiden di sini melibatkan teksi.

Thursday, July 23, 2009

Ku tunggu angin di pulau itu

Tak sabar rasanya nak dengar deru ombak di situ
Ingin benar mendongak ke langit yang membiru di situ
Terbayang-bayang air laut yang hijau kebiruan di situ
Bagai dirindui suasana subuh hening di tepi pantai di situ

Tsunoshima, nantikan kehadiran kami ke sana


Kisah kami ke Tsunoshima tahun 2007
Lagi kisah kami di Tsunoshima
Kisah kami + Hanim ke Tsunoshima tahun 2008

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari

Hari ini dalam sejarah. Gerhana matahari penuh paling lama berlaku. Di Fukuoka, gerhana penuh mula dari pukul 10:56pagi selama 6 minit tak silap. Video NHK mengenai gerhana matahari di Jepun ada di sini. Sorry in Japanese only.

Hari ini Haziq pergi ke kelas tambahan untuk cuti summer dan Hazim pula ke sekolah tadika. Balik dari sekolah, masing-masing sibuk cerita tengok matahari jadi hitam. Haziq dan Hazim siap ambil buku mengenai bumi dan angkasa lepas yang ada gambar gerhana untuk tunjuk pada Ummi macam mana gerhana jadi. Lepas tunjuk kat YouTube pasal gerhana matahari, Haziq dan Hazim minat sungguh tengok video gerhana matahari sampai tak berkelip mata.

Ini akan jadi pengalaman paling berharga untuk Haziq dan Hazim sebab dapat tengok gerhana matahari buat kali pertama di Jepun.

Friday, July 17, 2009

Polis dan Aku

Walaupun tak buat salah apa-apa pun tapi kalau nampak kereta polis mesti rasa kecut perut dan cuba berlagak "wacho" (wanita/women yang macho - ciptaan sendiri).


Kalau nampak kat highway, lepas itu bila tengah nak potong kereta depan, tetiba entah dari mana muncul kereta polis kat belakang terus rasa pressure 10x ganda. Nak tekan minyak, tapi terasa.......ish..kenapalah Porsche ku ini lambat sangat...huhu..mira rupanya...


Kalau kat Jepun kena tahan dengan kereta polis itu perkara biasa. Terutamanya sejak peristiwa 11/9. Agaknya, diaorang takut kita bawa bom dalam bonet kereta.

Tuesday, July 14, 2009

Lawatan ke Kilang Kereta Jepun

Hanya untuk pelajar Malaysia sekitar Kyushu dan Yamaguchi.
Berminat untuk membuat lawatan ke Kilang Nissan dan Toyota?.
Untuk maklumat lanjut, boleh check di blog tak rasmi
pelajar Yamaguchi Universiti.


p/s Kalau lawatan kali ini sukses, lepas ini kita melawat kilang buat roket lak ya:)

Monday, July 13, 2009

Menu sekolah Haziq (2)

Bila Haziq balik dari sekolah terus tanya dia habis tak makan bekal. Terus dia cerita hari nih makan YAGO. "Haziq tak habis sebab tak sedap". Hah...apa kebenda yang yago nih...

Rupa-rupanya dia nak kata GOYA (peria). Dia cerita kawan-kawan lain pun tak habis makan tapi ada seorang budak lelaki duduk sebelah dia makan goya macam minum air!. Budak tuh memang dari dulu tak kisah makan apa ajer. Semua dia habis makan tapi badan tak gemuk.

Haziq pun cerita yang ada kawan dia makan goya campur dalam miso soup, barulah habis makan. Dia cuba buat macam tuh tapi tak habis jugak. Hmm...agaknya pahit sangat goya tuh....

Saturday, July 11, 2009

peti ais

Hobi Haziq dan Haziq ialah origami. Macam-macam jenis origami diaorang buat sampai penuh atas meja dengan kertas origami.

Tadi, kejab-kejab dengar pintu peti ais dibuka lepas tuh di tutup balik. Selalunya Hazim lah punya kerja sebab dia selalu lapar dan dia suka cari apa yang boleh di makan dalam peti ais.

Tak sedap duduk dalam bilik, bangun check kat dapur tengok apa kerja budak-budak nih.

Tengok-tengok Haziq tengah keluarkan KERTAS ORIGAMI dari dalam peti ais!!!..apa kes!!!!!

Friday, July 10, 2009

Menu sekolah Haziq

Sekolah di Jepun ada menu makanan tengahari yang berlainan setiap bulan mengikut daerah. Sebab malas nak fikir nak masak apa untuk bekal Haziq so selalunya masak ikut menu yang sama dengan menu sekolah. Setiap bulan akan dapat jadual dari sekolah serta bahan dalam masakan itu. Cara nak masak tidak disertakan dan kenalah google resepi di internet.


Dalam jadual menu ini bukan sahaja ada tulis berapa banyak kalori, berat tapi siap tulis apa khasiat makanan, kenapa elok sayur itu dan ini serta banyak lagi info yang bagus. Haziq yang dari dulu tak suka sangat dengan sayur pun dah mula pandai makan sayur macam-macam.


Tapi sungguhlah terkejut bila tengok menu untuk hari Isnin depan ialah goya campur (sayur peria yang ditumis dengan telor etc= menu okinawa). PERIA!!!. Alangkan orang besar pun tak suka makan peria yang pahit inikan pula budak sekolah rendah. Selalunya yang suka makan peria kat rumah ini, Umminyalah apalagi. Rebus dan letak sedikit garam, lepas itu cicah dengan sambal belacan. Sedap!.


Jadi, terfikir macam mana nak buatkan menu peria nih kat Haziq. Makan ker nanti....Bila check kat internet, barulah tahu bagaimana untuk mengurangkan rasa pahit pada peria.

1) Potong peria dengan memanjang dahulu dan lepas itu potong melintang nipis-nipis macam gambar di bawah. Buang yang dalamnya terutama yang warna putih (itu yang buat peria pahit).
2)Peram peria sekejab dengan garam. Lepas 10 minit bolehlah dibuang air yang keluar dengan diperah sedikit.
3) Masak peria dengan makanan yang banyak mengandungi protein (contohnya telor, tauhu, ikan bilis dll)
4) Rebus sekejab dalam 20 saat. Kalau lama sangat rebus, hilanglah vitamin C.

Akhir kata, selamat makan peria!. Harap-harap naklah Haziq makan. Takpun mesti balik rumah nanti dia akan kata "mazui!(tak sedap) "....huhu....


Wednesday, July 08, 2009

Sambung belajar

Banyak sebab yang memangkinkan semangat untuk belajar semula selepas bekerja. Tapi sebab yang paling besar ialah minat. Bila ada minat barulah rasa seronok. Tapi kalau ada minat tiada pemangkin seterusnya (ongkoslah apalagi), apapun tak jalan.


Nak cari scholarship untuk sambung belajar bukan mudah. Kena buka mata, telinga, rajin membaca suratkhabar, internet (selalunya kementerian pelajaran negara itu) dan semangat ingin mengisi borang bermacam-macam borang di samping membuat research proposal yang canggih tapi tak pasti boleh jadi realiti atau tidak. Kalau ada kelebihan bahasa asing, keberangkalian untuk dapat scholarship lebih tinggi. Terutamanya untuk bidang bukan sains.


Seronok ke sambung belajar (full time) selepas kerja?. Bila bekerja kita ada tanggungjawab. Kena jawab kat boss atas kita, boss atas atas kita, boss atas atas atas kita dan seterusnya boss paling atas kalau kerja tak capai matlamat. Juga kena jawab kat orang bawah kita, bila kita mengambil keputusan yang berlainan dari mereka. Penat tuh. Bila belajar kita bertanggungjawab pada diri sendiri. Kalau nak lulus dengan cemerlang kenalah berusaha lebih. Kalau nak biasa-biasa, sendiri ingatlah. Penatnya kurang sikitla...


Bila sambung belajar setelah bekerja 6 tahun nih, rindu suasana kerja yang dikelilingi dengan rakan sebaya dan kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik satu ofis. Belajar setelah ada keluarga memerlukan daya tahan yang sejati tahap Superman. Terutamanya di Jepun yang serba-serbi kekurangan (ilmu rohani). Namun semangat kena cekal. Kalau dah pilih jalan yang ini mesti buat sampai habis. Itu yang minta sambung scholarship untuk buat phd setelah habis master. Keberangkalian untuk Monbusho (Kementerian Pelajaran Kerajaan Jepun) sambung scholar lebih tinggi kalau sudah ada di Jepun dengan sokongan kuat dari Uni. serta Prof. Ya, di Jepun MESTI ada hubungan yang baik dengan Prof. sendiri. Pandai-pandailah ikut cakap dia.........


Bersambung....

Tuesday, July 07, 2009

Mulanya di sini

Waktu habis buat degree di Hiroshima dulu, tak pernah terfikir nak sambung belajar. Mungkin juga dek kerana teringin nak memegang gaji sendiri dari kerja yang betul-betul mengikut degree atau mungkin juga sudah boring tinggal di Jepun dengan rutin harian yang hampir sama atau mungkin juga hati dah meronta-ronta nak balik sebab si dia dah ada di Malaysia (tak larat nak labur duit kat syarikat telefon)......


Apabila dah kerja, kahwin dan beranak, barulah terfikir nak sambung belajar. Terasa masih banyak benda baru yang menarik untuk dipelajari. Ditambah dengan tekanan dari tempat kerja (kilang Jepun memang pressure!) dan minat untuk belajar tenggelam timbul. Suka mengajar tapi bila minta kerja sebagai tutor dengan ijazah ekonomi, di UKM, KUIM semuanya tiada rezeki lagi. Kebanyakkannya suruh ada master dahulu baru boleh minta kerja.


Nak dijadikan cerita dapat kerja di Kedutaan Jepun setelah berhempas pulas kerja 4 tahun di kilang Jepun. Kerja di bawah boss bahagian ekonomi menambahkan minat untuk buat research. Terfikir untuk sambung master tapi ongkosnya ngak ada sih!. Kenalah cari scholarship. Pernah mohon scholarship yang ISIS tawarkan tapi takde rezeki, pernah cuba minta scholarship ke UK pun tiada rezeki, akhirnya cuba mohon Biasiswa Monbusho (Japanese Government Scholarship). Alhamdulillah setelah lulus exam English dan Japanese, interview oleh orang embassy, JPA dan Japanese professor, buat research proposal, cari sensei, cari universiti yang nak accept akhirnya dapatlah menjejakkan kaki ke Jepun.........

bersambung

Monday, July 06, 2009

Accepted

Alhamdulillah, abstract untuk conference bulan 12 nanti kat UM diterima. Ramai juga yang take part dalam conference dua hari nanti sebab itu status abstract lambat seminggu. Paper's title: Impact of Japan's EPA on Automotive Industry in Malaysia, Thailand and Indonesia".


First time nak present paper so semestinya excited, doki doki, takut, nervous, kowai, semuanya ada. Mesti yang attend conference nih nanti senior academician belaka. Alahai......


Sekarang nih kena tunggu result dari Yamaguchi University Foundation samaada boleh dapat sponsor untuk conference dan field research atau tidak. Field research akan buat kat Malaysia, Indonesia dan Thailand. Sempat ker nak cover tiga tempat dalam masa seminggu. Tengah pening. Tapi itu semua kena fikir lepas tahu result dari Foundation.


Kalau tak dapat sponsor nampak gaya kena balik Malaysia pakai duit sendiri. Huhu..apa nak buat Univ. ini kedekut sikit. Tiga tahun sekali sahaja boleh minta sponsor Univ. Yang lain kena minta sponsor tempat lain atau duit sendiri. Ikut perancangan awal juga, Haziq dan Hazim akan diangkut bawa balik, tinggal ayah seorang kena kerja. Ini pun masih dalam perancangan. Tak sure lagi.


Yosh!. Lepas dapat mail dari UM tadi, terus ada semangat balik nak study.


Sunday, July 05, 2009

Lukisan Haziq

Waktu ada lawatan ke kelas Haziq bulan 6 hari tuh, ada ambil gambar lukisan yang Haziq buat untuk Undokai (hari sukan). Yang lawaknya dengan lukisan dia nih, Haziq tak lupa lukis gambar gigi dia yang baru sahaja rongak. Pipi kiri dan kanan siap ada blusher lagi.

Cuti

Tak lama lagi cuti summer. Haziq mula cuti 18hb nih. Cuti sekolah dia sampai hujung bulan 8. Disebabkan tahun ini puasa jatuh waktu cuti sekolah, ramai juga student malaysia yang balik berpuasa dan raya kat kampung. Kami?. Puasa dan raya untuk kali ke 4 kat Jepun. Sedih?. Hmmm... adalah rasa sedih sikit. Rindu juga nak makan ketupat dan kuih raya.

Aktiviti kami cuti bulan 8 sebelum masuk bulan puasa nih nak pergi camping. Tempat seperti biasa di Tsunoshima, Yamaguchi. Haziq dan Hazim tak sabar nak mandi laut. Bukan senang nak mandi laut kat Jepun nih, dalam setahun cuma musim panas sahaja yang boleh. Musim lain....brrr...sejuk!..

Pertunjukkan bunga api di Mojiko pula pada 13hb Ogos (Khamis). Umminya pula tak sabar nak tengok bunga api yang terbesar di pulau Kyushu ini. Tahun ini gambar character apa pula yang keluar. Last year ada smiley faces, air terjun etc. Menarik juga kalau boleh BBQ tepi laut sambil tengok bunga api, kan....

Thursday, July 02, 2009

Tomica

*Tajuk entri tiada kena mengena dengan isi entry.

Ya..ya...saya tahu. Blog dah lama tak update. Sorry....
Busy dengan sekolah Haziq, Hazim dan sekolah sendiri. Sampai sekarang tak pandai nak kata kuliah atau U atau kelas. Mesti nak kata sekolah yang merangkumi tadika sampailah U.

Apa nak cerita kali ini ya?.


Sabtu minggu lepas singgah masjid Fukuoka selepas bawa Haziq dan Hazim main di kashikaen. Satu-satunya masjid di pulau kyushu. Cantik dan nampak megah dengan dikelilingi bangunan keliling. Tak susah nak cari masjid ini. Dekat dengan stesen keretapi Hakozaki.


Lepas balik dari masjid Fukuoka, kami singgah makan di Restoren Kashimeri (restoren India halal) di Munakata. Restoren ini takde website tapi ada signboard besar sangat kalau lalu di jalan nombor 3. Kalau dari Fukuoka nak ke Kitakyushu, restoren nih dalam bangunan bowling City Centre dan sebelah kiri jalan.


Walaupun duduk di Kitakyushu dah dekat 4 tahun tapi kami tak pernah tahu wujudnya restoren ini. Kami order nan dan nasi briani. Haziq dan Hazim memang suka makan roti nan. Hazim siap buat lawak. Kore nan? (ini apa?). So kami semua jawab kore nan yo (ini nan la). Hazim tak puas hati. Dia nak kata ini nan tapi kami saja kata Hazim buat soalan.


Oh ya, lupa nak kata tahniah kat Feyruz dan suami di atas kelahiran baby boy, Wahyu Iman minggu lepas. Dua kali kami pergi tengok. Sekali di hospital, dan sekali di rumah. Comel!. Tidur ajer...Geram betul tengok Wahyu Iman tidur.