Friday, May 29, 2009

Kisah Haziq Baru Belajar Naik Basikal

Tiga hari yang lepas, buka tayar kecil kat basikal Haziq. Kawan-kawan sebaya dengan Haziq kebanyakkannya dah boleh bawa basikal tanpa tayar kecil kiri dan kanan. Sekejab jer ayah ajar Haziq naik basikal terus dah boleh bawa. Tak perlu dipegang lagi dah. Punyalah excited Haziq bila boleh bawa basikal. Nak juga laju-laju. Tapi Haziq belum pandai belok.

Kelmarin Haziq belajar naik basikal lagi. Kali ini dah boleh belok dan brek pakai tangan. Lagilah laju dia bawa. Nasib baik kawasan parking kereta belakang rumah nih tak luas. Kalau luas mahunya lagi laju dia bawa basikal. Sekejab-sekejab Hazim ajak lumba. Eksyen si Hazim sebab dia boleh laju dengan dua tayar kecil kiri dan kanan.

Hari ini Haziq belajar lagi bawa basikal. Malang tidak berbau. Terlalu laju sampai bila brek pakai tangan tersembam mulut kat atas jalan. Habis sebatang gigi hadapan tanggal. Darah penuh mulut. Siku pun berdarah. Nangis tak ingat dunia. Ingatkan kepala terhantuk. Takut juga otak gegar.

Terus bawa jumpa doktor. Kat sini doktor kanak-kanak tak tengok bab luka-luka jatuh nih. Kena pergi jumpa doktor buat surgery atau doktor untuk sakit luar. Gigi Haziq pulak kena tunjuk kat doktor gigi. Mula-mula doktor kanak-kanak tengok. Lepas itu jumpa doktor surgery. Esok baru nak jumpa doktor gigi..

Bila Haziq tunjuk tempat gigi yang tanggal kat ayah, Haziq kata dia dah macam monster. Haha.. Kat manalah dia tengok monster takde gigi depan nih...

Thursday, May 28, 2009

Homework

Nih nak buat homework dari kak umi. Gambarimasu!

1) copy badge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda.



2) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda?

Tuh dah link kat atas. Tag dari kak umi. Kak umi nih sempai atas satu batch time kat AAJ. Dulu kak umi nih kolej kelima (sempai kolej nih semuanya imej alim dan skema). Tak ingat sangat first time jumpa bila. Tapi imej kak umi yang lekat sampai sekarang senyum dia dan sikap peramah. Kami pernah satu tempat kerja di embassy, member makan nasi bungkus dekat Tabung Haji, member balik kerja sama-sama (either naik kereta sama-sama atau naik komuter sama-sama), member anyam ketupat (haha) dan sama-sama dapat sambung belajar ke Jepun 2006. Bezanya kak umi dengan kita, kak umi nih cekap. Tak kiralah dari segi kebersihan atas meja, kecekapan handle jepun-jepun remeh kat embassy sehinggalah bab bercakap.

3) Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

- Kecil-kecil dulu kalau orang tanya nak jadi apa bila besar. Jawapannya bomoh. Bila dah besar sikit nak jadi lawyer. Sekarang......

- Kalau tengok cerita seram kat tv, mesti tutup mata pakai bantal/tangan. Makcik penakut!

- Tak pernah pakai baju kelawar sejak kahwin. Takde pun dalam koleksi. Ini kes husbandku yang tak berkenan dengan baju kelawar.Huhu...

- First time dengar vocab orang utara dan ingat sampai sekarang ialah "luhuq"(betul ker ejaannya) maknanya Zuhur. Time nih ayah mentua cakap kat mak waktu balik kampung ke Alor Star. Still learning bahasa orang utara.

- Adik beradik 7 orang perempuan semuanya. Waktu semua belum kahwin, dari kasut sampailah ke baju t-shirt, kain batik, baju kurung, kami tukar-tukar pakai sampai mak dan abah selalu confuse time nak panggil nama. Tapi ada satu peraturan yang mak tetapkan sampai sekarang. Jangan pakai baju kakak yang dah kahwin. Itu pantang. Bahaya silap orang karang.....

4) Anda perlu memilih 6 pemenang award seterusnya dan menyatakan pada mereka diblog anda...
Saya pilih kohai (junior) iaitu Cik Ume, Izan, Cucutokjanggut, Wah, lagi 2 orang tuh tak payahlah ya. Kira burn....

Tara..siaplah homework ku kali ini. Yatta!...

Friday, May 22, 2009

Syurga Cinta



* Kalau nak tengok Part 2 and Part 3 boleh cari dalam Youtube.

Tak sabar nak tengok sebab Heliza berlakon. Makcik peminat Heliza dari zaman AF. Apa nak buek....

Juga tak sabar nak tengok Heliza yang sebenarnya gila-gila berlakon jadi romantik...Tak boleh bayangkan....


Anak

Lepas baca news pasal anak Raja Petra yang kena tangkap sebab kesalahan mencuri tertanya-tanya pada diri sendiri.

Bolehkah apa yang kita perjuangkan dan apa yang kita ajarkan pada orang lain dipraktik dalam keluarga kita sendiri. Terutamanya pada anak-anak.....

Bolehkah semua anak-anak "menjadi" sepertimana yang kita mahu.....

Dan apabila salah seorang anak itu menguji kesabaran kita, sejauh manakah kekuatan kita....

Bila baca entri dalam blog Raja Petra mengenai anak dia yang ini, sedih juga.....
人それぞれ。。。

Thursday, May 21, 2009

Influenza

Kes terbaru di Tokyo.

Semakin hari semakin bertambah.

Negara keempat yang paling banyak kes selepas US, Mexico dan Canada.

Jangan lupa ugai(gargle) dan basuh tangan!.

Tuesday, May 19, 2009

Teka teki

Haziq suka sangat main nazo nazo (teka-teki).
Yang lawaknya Hazim selalu kenakan Haziq.

Ada satu teka teki yang Haziq tanya kat Ummi lepas dia tengok cd.

ものまねが得意なくりってどんなくり?
(Apa "kuri" yang pandai meniru?)
*kuri = oak nut

Puaslah Ummi pikir jawapannya amende.
Sebenarnya dari kecil-kecil lagi tak minat teka-teki sebab nak tahu jawapannya cepat-cepat.
Tapi sebab Haziq dah tanya so terpaksalah cuba juga.
Last-last give-up. Memang takde idea langsung.

Tak habis lagi Haziq punya teka-teki, Hazim pula buat teka-teki sendiri.

うんちはうんちでも、楽しそうなうんちって何に?
Yang ini malas nak translate sebab budak kecil nih sesuka hati buat teka-teki dia:)

Haziq puas fikir tapi tak tahu juga jawapannya.

ハジムのうんちだよ!!, kata Hazim sambil gelak-gelak lepas itu dia lari masuk toilet....
Memang bertuah sungguh si Hazim nih.....
Nak tergelak tengok Haziq buat muka sepesen aje...

Jawapan bagi teka-teki Haziq ialah.....











そっくり
(sokkuri in japanese = look alike)

Saturday, May 16, 2009

Taman atas bumbung bangunan


Petang tadi melawat anak kawan yang dimasukkan ke hospital sebab virus infection. Waktu jumpa dulu kecil ajer tapi sekarang baru sebulan lebih dah nampak besar. Alhamdulillah Baby Haziq nih dah sihat. Esok boleh keluar!. Yokatta ne..

Setakat ini tak pernah pergi lagi ke hospital yang ada taman di atas bumbung. Sebenarnya bukan bumbung paling atas tapi tepi tingkat 4 (wad kanak-kanak). Atas bumbung lah juga kiranya.

Taman ini bukan hanya satu tempat tapi panjang dan hampir mengelilingi tingkat 4. Cantik sangat. Dengan bunga-bunga dan rumput hijau. Tak macam di hospital. Rasa tenang sahaja bila duduk di sini dengan ada rama-rama berterbangan sana sini. Kalau ada bangunan ofis buat taman atas bumbung macam nih sure hilang stress time kerja.....


Wednesday, May 13, 2009

Ikan lumba-lumba

Waktu tengah cari research paper dalam internet terjumpa satu berita menarik.

Mengenai ikan lumba-lumba yang tolong kapal China dari disamun oleh lanun.
Tak sure berita ni betul ker tidak.

Ada juga yang mengatakan ikan lumba-lumba ini dilatih oleh tentera China. Tapi memang ada program melatih ikan lumba-lumba untuk tujuan ketenteraan.

Cuba baca yang ini dan ini. Nih pasal US Navy Marine Mammal Program dan ikan lumba-lumba dari Russia tapi sudah dijual pada Iran. Kesian ikan lumba-lumba nih. Dahlah comel....

* Ikan lumba-lumba dalam Japanese ialah Iruka

Nanti dulu

Busy sket.
Banyak pulak benda yang nak kena baca.
Nanti dulu update blog.

Friday, May 08, 2009

Tukar cat rumah

Baru try tukar cat rumah. Amacam?.

Tapi dalam tukar menukar tuh terbuang lak nama-nama jiran tetangga. Adoi...

Nampak gaya kena gi menyelam sana sini baru jumpa alamat diaorang.

Nanti dululah ya....

Hari ini.....

Dah boring dah nak letak tajuk apa.

Hari ini Haziq dan Hazim bangun awal sebab ingat Ayah dah balik. Tengok-tengok ayah tak balik lagi. Bila kata ayah balik lepas Haziq dan Hazim balik sekolah petang nih, terus cepat-cepat nak pergi sekolah. Huhu..2 minggu tak jumpa ayah ya..

Hari ini lepas hantar Hazim, sambil bawa kereta ingat balik "to do list". Aik.. takde apa-apa langsung kecuali nak kena pergi tanya pasal insuran kereta. Ingat nak bayar cash sahaja untuk bulan yang lepas tapi tak boleh. Dia suruh bayar sama bulan depannya sekali. Kalau dua bulan tak bayar baru insurans kena cancel.

Kat Jepun nih ada dua jenis insurans. Satu tuh (自賠責保険) memang wajib ambik. Insurans yang ini cover orang yang kita langgar (kalau mati baru boleh claim insurans)dan kereta kita. Satu lagi insurans (自動車保険)tak wajib ambil. Insurans yang ini cover pemandu kereta, orang yang naik satu kereta dan orang yang kita langgar serta bangunan, tiang lampu, pagar jalan etc.

Kebanyakkan student Malaysia yang beli kereta kat sini tak ambil jenis insurans yang tak wajib nih. Mungkin sebab tiap-tiap bulan kena bayar mahal. Bergantung pada jenis insurans dan cc kereta, jadi dalam 5,000yen hingga 15,000yen sebulan. Tapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Kalau ada accident teruk macam mana kan.....

Memandangkan setiap bulan memang kena bawa kereta ke Yamaguchi, so ambil juga insurans kereta yang tak wajib nih. Lagipun bawa budak-budak kecil. Nasib baik kereta "Porsche". Huhu..murah gaklah tiap bulan. Masuk insurans kereta ini dah setahun lebih, so far tak pernah accident lagi. Hati pun rasa tenang bila bawa kereta jalan jauh-jauh. Alhamdulillah...

Thursday, May 07, 2009

youtube

Bulan lepas lagi jumpa video adik Faizal Tahir (Anas koq) menyanyi main gitar dengan buat lawak kat Youtube. Lawak dia mula-mula menyampah dengar tapi kelakar sangat-sangat sampai boleh guling-guling pastu bangun balik pastu guling-guling sampai pecah perut. Takdelah sampai peringkat camtuh..

Suara pun lebih kurang macam abang dia tapi FT lagi sedap kot. Kalau kolaborasi si Anas Koq nih dengan member dia Akbar tuh best. Apa maksud Koq tuh pun sampai sekarang tak tahu. Kalau orang Jawa cakap koq tuh maknanya kenapa macam gituh...

Malas nak tepek video tuh kat sini so kalau nak tengok lawak diaorang boleh cari kat youtube. Sekali sekala layan boleh aaa.....Taknaklah orang kata kita nih serius sangat.....

Wednesday, May 06, 2009

Katakanlah

Rasa macam nak pindah rumah ajer....

Boring dah yang ini...

Tapi malasnya nak kemas-kemas...

Wordpress....ok ker tak?...atau yang lain...


Tuesday, May 05, 2009

Di Arita dalam hujan


Semalam kami sama Kak Hanum jalan-jalan ke Arita Toukichi (有田陶器市)di Saga Prefecture. Bertolak pukul 6 setengah pagi dan sampai di Arita pukul 8:50 pagi. Nasib baik bertolak awal so takdelah jam teruk sangat. Dapat parking pun dekat.Hujan pula tidaklah lebat tapi kena gak pakai payung. Arita terkenal dengan porcelain. Tempatnya seperti zaman jepun dulu-dulu. Ada sungai, ada kedai lama-lama, ada tembikar Jepun yang memang unik dengan lukisan semulajadinya.

Kami berjalan sepanjang 4km (mungkin lebih) dengan mata mula mencari mug, pinggan, peralatan dapur yang kebanyakkannya memang cantik. Pendek kata, kalau boleh semua kedai nak berhenti tengok sampai ke dalam tapi cabarannya adalah Haziq dan Hazim. Takut sahaja pecah.

Arita Percelain (Imari Porcelain pun ada juga) ini tahan haba, makin lama guna semakin sedap dan ringan berbanding dengan porcelain dari China. Dulu Arita Porcelain banyak dieksport ke Eropah tapi sejak ada persaingan dari China, eksport makin kurang. Jadi maker Arita Porcelain banyak cipta porcelain yang bukan sahaja berfungsi sebagai cawan, pinggan etc tapi boleh tahan haba, tidak mudah pecah, ringan dan ada lagi teknologi canggihnya. Cuba bayangkan tempat bakar roti diperbuat dari porcelain. Cantik dan harganya juga cantik (10,000yen lebih tak silap)

Barang-barang yang dijual di depan kedai harganya dari 50yen sehingga beratus ribu yen tapi ada diskaun sehingga 50% dan boleh tawar menawar lagi. Ada 600 lebih kedai jadi tak larat nak masuk setiap kedai tengok sampai dalam. Kak Hanum jer yang sempat masuk sementara kami menunggu di luar kedai (Haziq dan Hazim ligat main hujan...huhu).

Orang punyalah ramai. Bukan sahaja orang Jepun, orang Bangladesh, Indonesia, Mat saleh, dan orang dari negara mana tah pun sibuk shopping. Sibuk tengok sana sini (shopping), jam pun dah pukul 12 so kami bergerak balik kereta. Lagipun Haziq dan Hazim dah mengadu sakit kaki. Huhu...sasuga ikut orang perempuan shopping, budak-budak pun tahu sakit kaki ikut kami....

Masuk kereta, makan nasi sementara mencari tempat nak masuk onsen (spa). Tak jauh rupanya dengan Takeo Onsen (武雄温泉). 10 minit kalau tak jam. Nasib baik ada satu onsen untuk family yang kosong. Haziq dan Hazim memang suka masuk onsen. Inilah kali kedua kami masuk onsen. Lepas sejam masuk onsen, keluar-keluar sahaja terasa badan ringan. Masuk kereta kami kelaparan. Lepas makan nasi dan roti, kami bertolak pulang dengan bonet yang penuh pinggan, cawan segalanya. Happy!. Next year kena pergi lagi nampaknya........

Saturday, May 02, 2009

Kapal Kaiwo Maru


Last year, kami pergi tengok Kapal Nippon Maru pasang kain layar. Tahun ini Kapal Kaiwo Maru (海王丸) yang datang. Ini semua training ship. Boleh cari info dalam wiki. Barulah tahu kapal Kaiwo Maru ada pasang lampu malam-malam. Meriah betul. Ramai sungguh kaki pancing!...Ikan pula besar-besar. Haziq teringin jer nak join. Sorrylah Haziq, Ummi bukan kaki pancing....

Kapal Kaiwo Maru akan berada di Mojiko dari 1/5 sampai 4/5. Kalau ada sesiapa yang berminat nak masuk, tengok dalam kapal nih boleh datang 4/5 (Isnin) pukul 11 pagi (dibuka untuk orang awam). Lepas itu kapal Kaiwo Maru akan belayar ke serata dunia. Hari itu waktu graduation day sekolah Haziq, crew kapal Nippon Maru hantar congratulation card dari Hawaii. Seronok budak-budak tuh...

Berlatarbelakangkan Jambatan Kanmon

Mood

Start dari semalam, suara yang merdu bak buluh perindu ini hilang...
Tekak sakit terutamanya bila kena cakap (lebih kepada membebel) kat Haziq dan Hazim. Haziq pula first time tak pergi sekolah sebab demam. Kejab-kejab tengah malam bangun sebab panas kaki dan tangan. Nasib baik bukan influenza..

Since sekarang dah masuk cuti Gloden Week seminggu, plan nak balik kampung (Hiroshima) terpaksa dibatalkan sebab Boss tak balik lagi. Huhu..Dia kena extend another week.

Tapi disebabkan dah set dalam otak, cuti panjang = pergi jalan jauh, buat juga plan nak pergi jalan dengan Haziq dan Hazim, ajak Kak Hanum sekali. Hari Isnin nih plan nak ke Arita (有田陶器市)di Saga Prefecture. Tak ramai kot yang tahu ada satu event besar-besaran kat sini. Siapa yang minat kumpul yakimono (Japanese Porcelain), mesti suka pergi tempat macam ini.

Ada 600 buah kedai sepanjang 4km yang jual yakimono murah-murah. Tapi yang tak sanggupnya orang punyalah ramai. Harap-harap dapatlah tangkap mug yang menarik dan unik. Sekarang ini mood happy nak shopping!. Siapa nak ikut?.!Yok!..