Thursday, January 29, 2009

Hari-hari yang berlalu

Lepas submit thesis sampailah hari nih, seminggu baca buku cerita, dua minggu berendam air mata, ketawa sorang-sorang, melayan perasaan cintan-cintun dengan drama. Melayan dua korean drama (Bad Love & Thank You) pastu Taiwanese Drama (Mars). Dah tak larat nak start tengok drama yang baru sebab tak boleh nak berhenti. Cuma sekarang tengah layan cerita Boys over Flowers (Korean Version).


Hari ini juga pergi declare tax dan buat re-entry. Setiap kali nak declare tax mesti pening dengan sistem tax kat Jepun. Sistem tax kat Malaysia pun failed, inikan pula nak buat sistem tax Jepun yang penuh dengan kanji. Walaupun last year dah register for e-Tax (guna internet untuk declare tax), tapi tak faham camne nak buatnya. Last sekali surrender suruh orang Pejabat Cukai buatkan.


Lepas gi pejabat cukai kat Moji, terus ke Kokura buat re-entry. Sekejab ajer rupanya. Hari nih lak, baru dapat e-mail dari sensei kata thesis evaluation hari Jumaat depan, 6hb Feb nih. Nak kena prepare power point presentation for 15 min. Yosh, tinggal sikit sahaja lagi nak grad.

Thursday, January 22, 2009

Tag oleh Nurul. Sebelum nih pun pernah dapat tag tapi tak buat pun. Sorry. So kali nih memang tengah free so kita buatlah...

Rules:
  1. Link to the person that tagged you.
  2. Post the rules in your blog.
  3. Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
  4. Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
  5. Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
  6. Reply to me when you’re finish.
So inilah 6 benda pasal diriku...

  1. Menyimpan hasrat nak buat buku. Tak kiralah buku apa. fiction ka non-fiction ka.
  2. Dari kecil sampai besar suka melukis dan mewarna. Maybe sebab abah cikgu lukisan dan adalah tempias bakat sikit.
  3. Kalau balik kampung ke Johor, tempat yang pertama sekali dituju ialah taman bunga mak(Nurseri Tujuh Puteri) kat belakang rumah sebab nak cari ulam terutamanya kencur (atau orang melayu panggil cekur) dan ulam raja.
  4. Suka cuba benda baru. Makanan baru, hobi baru, pengalaman baru..
  5. Lepas tengok cerita yang mengusik jiwa (menangis ler) boleh sampai terbawa2 ke mimpi
  6. Tempat favourite untuk melepak ialah library atau kedai buku. Syok tengok majalah dan buku sampai tak sedar jam..
Okla. nak tag sapa lak ya.. hmm..sapa2 lah .. nak gi ambik ayah kat eki!

Monday, January 19, 2009

Bermain dengan lumpur

Lama lak tak menulis. Takde idea menarik nak dikongsi.

Hari tu ambil Haziq dan Hazim kat sekolah. Kebetulan cuaca tengah elok so nampak diaorang tengah main pasir kat luar sama kawan-kawan. Haziq korek lubang dalam-dalam lepas tuh duduk dengan kaki masuk dalam lubang. Kemudian Hazim dan kawan dia bubuh pasir masuk kat dalam lubang. Habis seluar, kasut penuh pasir. Hazim pun join sama duduk kat dalam lubang. Huhu...


Menariknya sebab bagi sesetengah ibu bapa kotor bila main tanah, lumpur dan pasir tapi tidak kalau di Jepun. Setiap taman permainan di Jepun mesti ada sudut untuk main pasir.


Tengok diaorang main pasir teringat ada baca satu artikel dalam majalah pendidikan kanak-kanak, Kuyon (クヨーン)yang bertajuk "どろんこ保育(Doronko Hoiku)"(translate doronko: mud, hoiku: child care).


Artikel ini mengenai sebuah taska di Ibaraki Prefecture yang telah menggalakkan kanak-kanak bermain di luar walaupun musim sejuk sejak 40 tahun yang lalu. Antara point yang menarik mengenai taska ini:
  1. Kanak-kanak paling suka bermain air dan lumpur. Seawal umur setahun, mereka disuruh membuat bentuk bulat seperti bola dari tanah (danggo). Apabila mereka semakin besar, bentuk bulat itu akan jadi semakin cantik dan halus.
  2. Bagi kanak-kanak yang kurang suka bermain lumpur, mereka boleh bermain dengan warna air ("finger painting"). Guna tangan, celup dengan warna air dan cop kat atas kertas putih atau kain rentang. Lepas boring dengan tangan boleh juga "body painting".
  3. Bagi kanak-kanak yang tidak suka bermain di luar, mereka melukis di dalam dengan tema bebas. Daripada lukisan mereka, boleh tahu mood diaorang macam mana. Kebanyakkan kelas yang cikgunya bagus, lukisan budak kelas itu mesti penuh dengan warna dan bentuk. Kenapa?. Mungkin, kanak-kanak bila happy, imiginasi mereka juga tinggi so boleh melukis macam-macam.
  4. Last sekali, kata guru besarnya jangan rampas "masa bermain" dari kanak-kanak kerana hanya masa itu sahaja mereka boleh belajar.

Friday, January 09, 2009

Lega dah hantar...

Lega rasanya dah hantar thesis ke ofis. Lapang dada bila dah hantar setelah berhempas pulas 1 tahun as research student dan 2 tahun as master student. Waktu hantar tak rasa apa-apa pun, bila lepas hantar terasa macam satu beban kat bahu dah takde. Tinggal tunggu interview sahaja (presentation takde). Lepas hantar, lepak sambil minum kopi sama member satu lab. Dok sibuk cerita pasal sports car!. Lepas tuh diaorang kata nak datang rumah, nak rasa masakan Malaysia. Hm.. kena tunggu lepas semua interview dulu.


Hari nih waktu naik highway, terasa keliling mata sakit. Maybe penat dok ngadap komputer. Bawa kereta pun macam melelong. Hari hujan lak tuh. Jalan licin...


Semalam ada nampak kereta terbalik, tayar kat atas. Adalah 3, 4 buah kereta polis dok jaga traffic. Yang peliknya takde jam pun. Semua malas nak tengok kot. Jarang nampak accident kereta sama kereta kat highway Jepun nih. Kalau accident pun dengan railing jalan atau tayar meletop. Lagi mahal kena bayar kalau langgar railing atau tiang lampu kat Jepun nih dari langgar kereta orang.


Lepas nih nak buat kerja lain lak. Rumah pula dah macam tongkang pecah. Sampai Haziq tegur "Kenapa Ummi tak kemas nih?". Ala, Haziq tolonglah kemaskan.....

Pasnih ingat nak gi Ube sat tapi macam malas....

Tuesday, January 06, 2009

akhirnya bertajuk gak...

Semalam pergi sekolah jumpa sensei untuk betulkan mana-mana bahagian thesis yang "pelik-pelik". Dan akhirnya thesis ku bertajuk gak...


東アジアにおける地域貿易協定~ASEANと日本の関係を中心に~
RTA/FTA in East Asia ~ Mainly on ASEAN and Japan Relationship~


Tinggal tunggu sensei check untuk kali terakhir dan boleh tulis introduction pendek untuk submit esoknya kat ofis. Next week lak ada interview dengan 3 orang sensei yang bidang research ada kaitan dengan thesis master nih. Lepas tuh nak submit application untuk Phd. Hopefully semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak settle thesis kali nih sebab nak lepak baca buku cerita Breaking Dawn. Spoiler free please :D

Sunday, January 04, 2009

cuti

Alhamdulillah ronbun tinggal tulis conclusion sahaja. Chapter 3 & 4, sensei tengah check. Minggu depan hari Khamis sempat kot nak hantar. Lepak la sket sekarang. Tapi nak tulis conclusion pun payah gak...Pening pikir apa nak goreng......


Cuti seminggu kat sini tak buat apa pun.. Last year cuti tahun baru bawa Haziq dan Hazim tengok ikan gak di umi no tamago (Oita Prefecture). So tahun nih pun sama. 31hb hari tuh bawa Haziq dan Hazim gi tengok ikan kat Akurium di Shimonoseki (海響館). Best gaklah tengok ikan macam-macam. Especially time show ikan-ikan semua. Walaupun angin sejuk sebab esoknya salji turun, Haziq dan Hazim happy sebab dapat keluar rumah, hirup udara segar.


1hb lak salji turun so memang tak kemana-mana. Walaupun cuma sekejab tapi malamnya time salji nak cair, sejuk. Nasib baik tak duduk belah Hokkaido sana.


Haziq punyalah excited nak buat snowman, tapi bila tengok-tengok, salji turun tak banyak, monyok jer muka. Tunggulah bulan 2 nanti barulah betul2 mafuyu (midwinter).


Semalam lak, kami jalan-jalan tengok "mak-mak buyong". Hehe..Terima kasih Feyruz dan Nurul sefamily. Sesaja nak jumpa Alya dan Wawa. Nurul due date bulan 4 dan Feyruz due date bulan 6 nanti. Semoga dipermudahkan bersalin, Insyallah.