Wednesday, April 30, 2008

Cuaca

Hari Ahad lepas ada makan-makan sambil menyambut birthday party anak kawan, Syafikah di Green Park, Yahata. Tak pernah lagi masuk taman nih. Menarik betul sebab ada bunga, wombat, kangaru dan padang yang saaaaaangat luas. Kalau lepaskan Haziq dan Hazim kat padang nih mesti lari keliling padang happy macam baru lepas kena penjara. Tapi orang punyalah ramaiiiiii... Siap ada orang pasang khemah kat tengah-tengah padang.


Haziq dan Hazim nak tengok kangaru tapi sebab ramai sangat orang so cancellah. Lagipun ensoku (rombongan) sekolah Haziq dan Hazim, tempatnya ke Green Park nih. Time gi ensoku mungkin boleh tengok kangaru nih buat aksi macam-macam ya.


Sekarang nih dah masuk haru (spring) so bestlah kalau piknik kat taman atau padang. Nak keluar berjalan-jalan pun seronok sebab walaupun matahari bersinar, suhu tak tinggi sangat dan angin pun bertiup sepoi sepoi bahasa, terutamanya kalau jalan kat tepi laut di Moji.


Isnin kena gi sekolah submit borang TA. Nak dapat gaji...Yeay!. Lepas tuh gi settle kerja kejab then time nak balik, terserempak dengan kohai 1st year, Naim dan Zam. Borak-borak kejab dengan Naim yang baru ajer habis session "melayan-perasaan- depan- padang-sorang-sorang".


Ada satu padang tempat main bola, besbol. Ramai budak Jepun dok main kat situ so kadang-kadang seronok tengok diaorang main sambil duduk makan bento kat bawah pokok rendang. Kat depan padang tuh ada coop dan kantin sekolah(?). Kalau nak cari inspirasi tentang gelagat orang Jepun, duduklah dalam sejam kat depan tuh gerenti dapat tengok betapa happynya student jepun nih dapat masuk U, gelak ketawa, usik mengusik dan macam-macam lagi aktiviti diaorang.


Sekarang nih tinggal nak settle plan nak gi Sasebo, Nagasaki Prefecture cuti Golden Week nanti. Dah buat booking kat Saikai Pearl Centre dan Cruising, so tinggal nak check tempat makan dan onsen kalau dapat. First time nak gi konvoi 6 biji kereta sesama student di Kitakyushu ke tempat yang jauh camnih so hopefully semuanya berjalan lancar dan paling penting cuaca baik, insyaAllah. Doakan kami semua selamat perjalanan pergi dan balik.

Friday, April 25, 2008

Entri dari sekolah

Hari ini dengan perasaan berdebar-debar, masuk highway kat Mojiko. Lalu ajer dekat palang ETC, gate pun bukak!!!!Miracle!!..Rasa macam lulus exam ajer..Happy sangat....setelah gate ETC tak bukak sebanyak 4 kali.


Sampai ajer kat sekolah, buat assignment yang nak kena tunjuk kat sensei pukul 12pm. Kes last minute la nih. Habis jumpa sensei buat kerja sikit kat bilik. Tengok-tengok member Jepun masuk. Machiko!!Lama tak jumpa dia. Machiko nih seorang yang outgoing. Selalu main rambut time tengah baca buku. Happy ajer tengok. Dia pun selalu pergi travel ke negara Latin America. Cakap jepun pun bukan main laju. Logiklah sebab dia orang Jepun tapi bila berbual dengan foreign student yang boleh cakap Jepun rasanya bullet train Nozomi pun kalah. Cara pemikiran dia pun tak macam orang Jepun yang lain. Terbuka dan selalu menerima pandangan kami. Kadang-kadang kami ada bertanya tentang sistem pendidikan jepun yang lemah dan dia pun rajin berkongsi pandangan dengan kami.


Haziq dan Hazim pula semakin rajin bercakap dalam bahasa Jepun sesama sendiri. Kadang-kadang terdengar Haziq mengajar Hazim bercakap menggunakan perkataan yang betul tetapi sebenarnya Haziq pun salah. Tak apalah. Ummi betulkan tapi kadang-kadang Haziq tak mengaku dia pun salah. Haziq juga rajin bertanya apa perkataan dalam bahasa melayu kalau dalam bahasa Jepunnya. Macam tabako = rokok, iiyo = takper, iine = bestnya, bagusnya dan macam-macam lagi.


Hmmm...kejab lagi nak lepak kat rumah kohai, Nas sekejab. Tak pernah lagi melawat rumah diaorang so hari nih nak singgah sekejab sambil gossip gossip. Huhuhu..apalah nak digossipkan dengan diaorang nih.

Sunday, April 20, 2008

Reading time!

Lepas masuk satu blog nih, terus terminat nak baca. Walaupun untuk teenager tapi still berminat dengan jalan cerita. Dulu pernah baca sinopsis dia tapi dah lupa. So beli kat Amazon 3 buah buku nih dan start baca Jumaat, Ahad dah habis. huhuhu....best gaklah.. Stephenie Meyer Website.

Wednesday, April 16, 2008

tak tahu nak letak title apa

Semalam gi U. Pergi gate ETC tak bukak lagi. Kereta belakang macam land rover dok hon hon...Tensen makcik!!!!Ingat kereta "Porsche" nih cabuk ka!!!!!Bila dah sampai Yamaguchi, call Nishi Nihon Highway punya office tanya kenapa takleh bukak gate.


Tak lama pastu diaorang call kata ada dua kemungkinan. satu sebab arial ETC tak betul (ETC pasang sendiri) so kena bawak gi Autobacks ker dealer kereta untuk diaorang check. Yang kedua mungkin bawak slow sangat. La...Dulu bawak laju sangat gate tak bukak. Kali nih bawak slow sangat pun tak boleh.


Tashikani time tuh bawak kereta bawah 20kmj. Memang slow. Kura-kura lagi laju kot. Tuh yang kereta belakang dok marah. Huhuhu... Jumaat nih sure trauma nak masuk kat Mojikou punya tol.


Tahun nih ada dua new students (master 1st year) dari Korea masuk kenkyushitsu yang sama. Yang lain tak pernah nampak muka lagi. Sorang nama I-san, sorang lagi nama Jon -san. Tahun nih meriah sebab ada macam-macam negara.

Bangladesh, Jepun, Thailand, Korea, China n Malaysia. Tapi tahun nih yang new students cuma 2 orang dari Korea. Yang lain semuanya dari China. Ramai giler. dekat 20-30 orang kot.


Nak jumpa foreign students dari US ker Europe countries ker Malaysia ker masuk Yamaguchi U nih memang susah. 20 tahun sorang dua orang adalah kot.Member Thai, Gon-san baru balik dari Thai bawak kuih Tart nenas. Huhuh..teringat tart nenas mak kedah punya!!!Sedapnya.....Terubat rindu kat Malaysia sikit walaupun kuih Siam mari....



Hari ini lak ada dua meeting kat sekolah HaziqHazim. Satu meeting pasal menu harian diaorang untuk bulan May, satu lagi meeting cam meeting PIBG la...Time meeting PIBG kena discuss sapa nak jadik Naib Presiden ngan tempat untuk ensoku (rombongan sekolah).


Disebabkan takde sapa volunteer nak jadik naib presiden - kena dua orang (yang datang cuma 10 orang) so semua orang except Presiden kena cabut undi. Semua senyap jer time Pengerusi Majlis tanya sapa nak jadik Naib Presiden. Time tuh dalam hati "Janganlah aku kena"...


Dahlah sorang gaikokujin (foreigner) time cabut undi, sungguh tak bertuah, kena jadik Naib Presiden!!!!..Alahai!!!Tangan tak bedung betul....Baru ingat nak ponteng meeting.......Lepas nih kenalah tunjuk muka selalu....



Monday, April 14, 2008

BBQ dan Hanami

Sabtu dan Ahad lepas, dua hari nih full dengan BBQ. Hari sabtu gi BBQ sama students Kyushu Kougyou Daigaku di Yomiya Park, Tobata. Tahun nih kohai cuma seorang ajer. Tak ramai yang datang. Bawak nasi lemak kukus bungkus siap2 macam nak jual kat kedai ajer. Sampai-sampai tengok diaorang tengah nak bakar ayam. Dalam setengah jam lepas tuh semua mula makan. Haziq lak buat perangai lone ranger. Yerlah geng dah balik Malaysia. Kalau tidak, mesti dok main sama Farid, anak Ina. Bila semua orang dah mula makan Haziq dan Hazim mula kata nak makan "ada bentuk cam onigiri Ummi buat tuh". Ingatkan onigiri. Rupanya nak nasi lemak bungkus. La...time kat rumah buat dek ajer bila tengok semua orang makan, baru teringin nak makan. Tengah-tengah makan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bunga sakura yang masih ada sikit-sikit berguguran.


Ramai gak orang dok hanami. Tetiba ajer ada pakcik jepun datang kat kitaorang dok offer beer tapi cakap takleh minum then diaorang datang lagi offer makanan lak. Pastu balas bagi yang kitaorang nyer lak. Then diaorang datang bagi makanan dari belah sana lak. Kitaorang balas lagi. Pastu diaorang bagi lagik... huh..tak larat dah.. lagipun dah nak balik.. so lepas kemas-kemas balik rumah. Sampai rumah terus lepak sebab kekenyangan.........





Malam tuh dapat mail dari kohai Yamaguchi Daigaku kata nak hanami di Mekari Park lak. Okla..so pagi ahadnya masak kari daging, roti jalan ngan roti pita (sebab roti jala sikit sangat). Pukul 12 tengahari barulah diaorang sampai kat depan rumah setelah terlajak jalan beberapa kali. Tuh dia... sampai 5 buah kereta. kebanyakkannya kohai baru sampai nihon. Ada dekat 25 orang rasanya. Sampai takleh nak duduk kat dalam ruang tamu. Kena duduk kat dapur. Lepas minum-minum, bertolak ke Mekari Park dengan hujan rintik-rintik. Sampai sahaja kat Mekari Park, boys pasang khemah dan hidupkan api nak buat BBQ. Lepas batch pertama ayam BBQ siap, semua mula makan. Tengok jam dah pukul 3petang. Perut masing-masing dah lapar tapi semua tunjuk cool ajer. Ayam BBQ memang sedap. Terasa semua rempah. Menurut tuan-tuan punya resepi, tuh resepi bantai. Campur semua rempah yang ada kat rak..trial and error pun ada....huhuhuhu..kalau sakit perut lepas nih tak tahulah...




Anyway, Haziq dan Hazim enjoy dengan abang-abang tuh semua. Berguling dengan bergasak sama-sama. Bila masing-masing dah kenyang, bertolak balik ke Moji sebab nak solat asar. Sebelum tuh ambik-ambik gambar kat spot menarik. Masuk ajer kereta nak balik, Haziq kata "kyo tanoshikatta ne..(hari ini seronok)". Tak sampai 5 minit, dua- dua terus tidur keletihan. Diaorang singgah rumah untuk solat asar dan maghrib. Lepas tuh dalam pukul 7 setengah, barulah masing-masing bertolak balik. Sebelum balik, semua pekena kopi panas dulu.




Minasan, hontoni tanoshikatta. Rainen, mata yarimashou ne.......

Thursday, April 10, 2008

Sakura di beberapa tempat

Hari sabtu lepas cuaca baik. Lepas breakfast Ayah, Ummi, Haziq dan Hazim gi jalan-jalan ke Tamukoyama Park di Moji (jalan nak ke Kokura). Taman ini adalah tempat yang pertama sekali kami singgah waktu baru sampai di Moji tahun 2006. Orang tak berapa ramai. Angin pulak kuat. Bunga sakura banyak bertaburan di tanah. Haziq dan Hazim seronok kutip bunga sakura.

Pemandangan pekan Moji dari atas bukit di Tamukoyama Park. Time nih angin sejuk jugak. Nun jauh sebelah laut sana adalah bandar Shimonoseki, Yamaguchi Prefecture. Pemandangan malam di sini juga indah sekali. Dengan lampu di Jambatan Kanmon.

Hari Selasa, Ayah cuti kerja so gi jalan-jalan ke Kokura Castle dan Riverwalk di Kokura. Cuaca pun baik dan cantik. Waktu sampai di Kokura Castle, orang pejabat tengah keluar makan tengahari. Spot menarik untuk lunch bawah pohon sakura. Ramai orang bawa lunch makan kat sini. Tak de bau beer sangat sebab hari kerja so tak nampak Jepun mabuk di siang hari.

Close-up cik sakura di Kokura Castle.

Sakura di taman permainan Kodomo no Mori. Naik kereta dalam 10 minit sampailah ke taman ini. Taman nih selalu gak pergi sebab suasananya aman damai dan tenang Orang pun tak ramai. Sekali sekala exercise turun tangga naik tangga kat sini pun best. Di tengah-tengah taman nih ada tasik kecil dan padang rumput untuk main gelongsor. Tapi selalu penuh dengan budak-budak sekolah rendah. Kalau nak mendaki Gunung Kazashi, disinilah pintu masuknya. Tapi takut sebab ada monyet liar.

Friday, April 04, 2008

Sakura di Kokura Castle









Hari ini pergi Immigration Office kat Kokura untuk dapatkan permit part-time buat TA. Ofis tuh dekat dengan Kokura Castle. Setiap kali sakura mesti Kokura Castle akan jadi tumpuan untuk hanami. Lepas settle dapat permit kat Immigration Ofis, tinggal kereta gi jalan kaki dalam 5 minit ke Kokura Castle. Sakura dah cantik!. Orang tak ramai sebab masih pagi. Tapi sampai-sampai semua dah bentang alas untuk hanami. Siap ada nama sekali. Lupa pulak hari ini hari Jumaat so maybe diaorang booking untuk hanami hari sabtu. Takpun malam ni sebab kat sini ada pasang lampu. Masuk ajer kawasan castle terus bau beer. Hanami = orang Jepun mabuk


Snap gambar sana sini. Ada orang pakai suit kerja dok tunggu kat bawah pokok sakura, ada orang tengah ambil gambar, ada gerai takoyaki, beer, mee goreng dan macam-macam lagi. Siap ada orang bawak khemah dengan tilam lagi. Di Kokura Castle nih kalau nak buat hanami kena book tempat awal-awal. Sehari sebelum tuh kena book awal-awal.!. Kalau tidak, alamatnya hanami bawah pokok ru.

Happy dapat ambil gambar sakura banyak-banyak......yeay!!!!




Wednesday, April 02, 2008

Mari ke sekolah!

Hari ni pergi dai (uni) sebab nak sign scholar. Pagi-pagi lagi dah keluar, lepas hantar Haziq dan Hazim ke sekolah, terus masuk highway kat Mojiko. Bila dah nak sampai tol, masuk lane ETC lupa nak slow down untuk gate bukak. Entah macam mana dok tak perasan, terbawa lebih 20kmj (kena bawah 20kmj baru gate bukak). Sampai kat depan gate, tapi gate tak bukak. Ah...sudah..nak reverse kereta takleh (undang-undang kalau guna ETC). Tetiba dengar suara pakcik jepun kat interphone kata suruh ambil kad tol kat mesin sebelah. Apalagi....kena keluar kejab ambil kad then barulah gate bukak. Nasib baik kereta tak banyak. Huhuhu...Keluar tol kat Yamaguchi kena pakai lane biasa...



Dah lama tak bawa kereta pergi Yamaguchi rasa macam seronok ajer. Kereta pun tak banyak. 1jam lepas tuh sampailah ke dai. Cuaca elok dan ramai gak orang kat dai. New students pun ramai. Ada orientation rupanya hari nih.. Sampai kat ofis, lepas sign, orang ofis kata kena jadik TA (teaching assistant). Ish..malasnya...walaupun cuma 2 jam seminggu tapi nak kena datang awal ke dai tuh yang malas.takperlah dapat duit sket... Settlekan kerja kat kenkyushitsu (bilik study), gi library, jumpa sensei then pukul 2 setengah bertolak nak ke rumah kohai yang baru sampai yang cuma 10 minit dari dai.



Tahun nih ramai kohai sampai tapi yang ada duduk kat Yamaguchi shi cuma 5 orang. Dalam perjalanan nak ke tempat parking terserempak dengan kohai yang baru sampai. Ammar, Poji n Nazir yang bawa diaorang gi dai. Hehehe..tak sangka diaorang nih dah jadi sempai... Lepas borak kejab (kejab ker?....) terus drive balik ke Moji.....Berkobar-kobar nak jadik 2 nensei!!!Gamabarimasu!!!!