Thursday, January 31, 2008

Haziq dan kamera lagi

gambar bangunan kat depan (tepi?) rumah. Nun sebelah sana laut lepas tuh bandar shimonoseki

Hazim bergaya kat depan kamera. Susah nak dapat Hazim posing camnih..

Haziq gi ambil gambar pakcik jepun tengah berkebun kat belakang rumah. Ada gambar (blur sikit) yang pakcik nih toleh kat Haziq. " Apa nih ambik gambar orang?!!", kata dia dalam hati kot...


Haziq memang suka main kamera. Macam-macam gambar yang diambilnya. Ada gambar longkang, daun, air, enjin kereta orang depan rumah, tapi yang selalu jadi mangsa dia ialah Hazim. Sudahlah Hazim tak suka diambil gambar lagilah Haziq suka suruh Hazim bergaya depan dia sebab dia nak ambil gambar. Bila tengok-tengok balik gambar yang Haziq ambil, tak tahu tuh gambar apa. Boleh masuk teka teki lak.


Friday, January 25, 2008

Payung dan basikal

Hari Jumaat ada kelas sebelah pagi so macam biasa kejutkan Haziq dan Hazim untuk bersiap-siap ke sekolah. Kat Moji, dah mula mendung dan hujan gerimis. Tapi bila keretapi nak sampai Shinyamaguchi Station, mula nampak yuki (snow) sikit-sikit. La, semalam yuki turun kot kat Yamaguchi. Keluar keretapi, mak ai....samuiiiii (sejuk). Sampai kat Yudaonsen Station, hujan gerimis bercampur yuki. Sambil naik basikal sambil pakai payung kat sebelah tangan. Dulu kekok jugak nak bawak basikal sambil pakai payung tapi sekarang dah jadik biasa.




Tiba-tiba tengah syok bawak basikal, terdengar suara polis pakai pembesar suara dari van polis yang tengah bergerak sama arah. Hah..apa polis nih cakap. Tak faham. Laju sangat kot bawak basikal so kasik slowlah sikit. Van polis tuh lak dah kat depan tengah tunggu traffic light.


Dah nak dekat sampai U, tetiba dengar lagi suara polis bagi amaran kat orang naik basikal. Pandang keliling, takde orang naik basikal. Sahlah kena kat diri sendiri. Rupanya polis tuh kata jangan pakai payung kalau tengah bawak basikal. Bahaya....Yang 1st time tak clear tuh yang buat donno ajer....2nd time, tengok keliling takde orang naik basikal, pastu kat depan-depan tuh semua orang naik basikal tak pakai payung..





Kat kelas tanya kat sensei. Rupanya kat jepun nih tak boleh bawak basikal sebelah tangan. Menyalahi undang-undang. Tak kiralah tengah pakai handphone ke pegang payung ker, bawak basikal kawan sebelah lagi ker..Lagi satu tak boleh bonceng kawan. Kalau tengah memandu lak takleh pakai handphone. Denda yen 20,000 (RM600). Takat basikal nih, polis cuma bagi amaran ajer.. Huhuhu..dah 2 tahun pun tak tahu bende nih.. Yerlah dulu pernah time hujan lebat, selamba jer lalu sebelah polis buat roadblock, dia tak bagi amaran pun. Ingatkan ok ajer...Mungkin sebab hujan lebat dan ramai pulak yang pakai payung sambil naik basikal. Apa-apa halpun kelas tinggal satu dan lepas nih cuti haru (spring) dua bulan.. Yahoo!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 23, 2008

Cerita ceritu



Hari ini pun hujan. Sejuk memang sejuk tapi dibandingkan dengan semalam taklah sejuk sangat. Suhu dalam 11deg. Lepas hantar Haziq dan Hazim ke sekolah, drive kejab ke Mojiko Retro dalam 5 minit pun. Ingatkan nak gi library baca majalah dan cari buku menarik tapi apakan daya library tutup sebab maintainance. Tingkat bawah Chinese Restaurant yang masih tutup/ Tingkat 2 dan 3 library. Yang dengar cuma makcik2 jepun tengah borak2 sampai ketawa.



Singgah kejab kat kedai omiyage (cenderahati). Orang pun tak ramai. Masih pagi lagi. Tengok barang-barang yang dijual di setiap sudut. Rupanya macam-macam ada. Ada ikan kering, sotong kering, udang kering, ikan bilis, mentaiko (sejenis telor ikan apa tah. lupa), wakame (seaweed), coklat, biskut dan yang paling banyak ialah fugu (ikan buntal). Dari ikan buntal mentah, ikan buntal kering, ekor ikan buntal yang dikeringkan (macam keropok), cawan bentuk ikan buntal (kawaiii sangat), bantal bentuk ikan buntal, key-chain ikan buntal...ish..macam-macam bentuk dan rupa ikan buntal ada dijual kat sini. Kreatif orang Jepun nih...Selama-lama bawak orang datang ke Mojiko Retro tak pernah perasan wujudnya ekor ikan buntal yang dijual....Ada gak orang beli...Tapi tengah-tengah tengok kawasan ikan buntal tiba-tiba, perasan satu kotak jual daging ikan paus tapi dah dimasak stew. Ikan paus sesat....huhuhu..apa rasa ikan paus ya..

Saturday, January 19, 2008

Cerita cara pantang orang jawa

Lepas baca satu entri kat kak sya punya blog terfikir lak nak buat entri pasal orang jawa punya petua waktu pantang yang diamalkan oleh mak saya dan diperturunkan kepada anak2nya. Memang mencabar sungguh. Zaman moden nih memang tak ramai yang nak ikut betul-betul tapi sebenarnya untuk masa depan juga.



Waktu dalam pantang anak pertama, ikut pantang sebab terpaksa. Kalau tidak kena leter dengan mak. huhuhuhu...Tapi waktu pantang anak ke dua, memang ikut sebab suka dan tahu semua petua nih ada rahsianya.



Balik kampung lepas keluar hospital, mak mandikan pakai air daun. Menurut kata mak, air daun nih untuk mengembalikan tenaga dan untuk muka yang pucat. Tak boleh mandi pakai air sejuk. Mak ambil daun pandan, daun serai, kayu gaharu, apa tah lagi (serius kena tanya mak balik sebab dah lupa nih), lepas tuh masak pakai periuk besar dan bila dah mendidih, mak campur sikit dengan air sejuk dan mandi. Orang lepas bersalin takde tenaga lagi so yang mandikan (first day) emak, lepas tuh suami pula yang mandikan. Tak boleh angkat air walau segayung pun!!..Waktu baru pantang nih banyak gak tanya mak kenapa tak boleh ini dan itu lepas tuh mak kata " dulu time mak pantang mak tak berani tanya embah (nenek dalam bahasa jawa). kena ikut ajer. Nih anak zaman sekarang semua nak tahu kenapa..."..Hehehe...tak leh nak buat apa. Sejak dari budak kecik suka tanya kenapa...Ingat lagi dulu kecik2 tanya kat abah " Buaya makan apa tengahari ya?".



Lepas mandi, kena urut satu badan. Tungku pakai besi panas. Kena duduk atas tungku dan macam2 lagi cara. Tak silap tungku nih cara melayu. Orang jawa cuma berurut pakai minyak panas. Lepas tuh pakai bengkung jawa yang mak beli kat indonesia dulu (panjangnya dari ruang tamu sampai ke dapur!!ikat kat tiang tingkap), kena pakai pilis (kat muka) pastu apa ya warna putih kat badan. lumur satu badan. Bau tuh biasalah bau jamu. Lepas mandi kena duduk minum jamu. Disebabkan anak kena kuning, minum jamu cuma sekali ajer. Air kunyit pun sama. Nurse tak kasik minum jamu nanti effect air susu. Cerita pasal bengkung nih, kena pakai sampai 3 bulan!!!. Bila dah habis cuti, nak gi kerja, mak suruh beli bengkung kecil atau seluar dalam yang panjang cover sampai perut tuh ha...Ini untuk elak perut yang mengelebeh dan buncit nanti. Banyak rahsia pakai bengkung jawa nih tapi next time aa cerita...



Tidur pulak kena tidur duduk!!Menurut kata emak, untuk elakkan darah kotor yang warna putih (akan keluar dalam hari ke 30-40 camtuh ) nih naik ke kepala. Nanti meroyan katanya. Mak letak bantal banyak-banyak kat belakang so tidurlah dengan kaki kena ikat ngan kain untuk elak tidur dengan kaki terkangkang dan sebagainya.. Huhuhuhu..macam -macam gaklah. Kalau nak cantik dan cepat kurus kenalah ikut. Semua nih terpulang kepada individu nak percaya ke tidak. Tapi bila pantang anak kedua, tak ikut yang tidur duduk sebab tak tahan.. sakit punggung!!



Kalau dari segi makanan lak, memang mak kasik nasi panas ngan lauk bukan gorengan tapi semuanya kukus atau masak bening (masak air). Lagi satu mak kasik makan lobak cina ngan mee suwah (mee putih cina tuh buat masak bening ngan sayur sawi). Sayur sawi tuh mak tak potong pakai pisau tapi koyak pakai tangan. Sebabnya tuh tak sempat nak tanya time tuh.



Fuh, panjang giler. Nanti sambung lagik. Sebenarnya, nak bukukan petua petua yang mak bagi nih tapi untuk personal bukan untuk jual kat kedai dan sebagainya. Kena tulis sikit2 kat buku diari nanti.Insyallah...

Friday, January 11, 2008

Ugutan bom di Universiti

Semalam member Thai hantar sms kata kelas hari Jumaat cancel sebab U tutup. Huh!. Minggu depan hari jumaat memang tahu takde kelas sebab ada University Entrance Exam tapi minggu nih kenapa lak. Reply balik kat member kata maybe ada bom kot kat U. Tak sangka memang betul....Rupanya...

Hari nih tengok dalam news, ada orang telefon U semalam kata ada bom nak meletup pukul 2 petang hari jumaat (hari nih) so pihak U cancel semua kelas semalam dan hari nih. Tak tahu kenapa dia call kata ada bom kat U. Maybe saja nak main-main ajer. Bukan sahaja yamaguchi Campus tapi dua lagi Campus di Ube (45min drive dari Yamaguchi campus) pun kena tutup.

Teringat dulu time kerja kat embassy, ada orang hantar kat duta surat isi serbuk antrak. Semua orang kena evacuate immediately dan berkumpul kat luar. Ada polis, bomba dan semua yang berkaitan. Habis secretary ambassador kena mandikan ngan bomba sebab dia aje yang pegang surat isi serbuk tuh.. Huhuhuhu. * Kak umi!!!natsukashi ne.....:)

Jepun nih kalau bab-bab yang berkaitan dengan bom ker antrak ker atau yang berkaitan ngan terrorist, memang ambil berat atau langkah berjaga-jaga. tengoklah yang baru-baru nih nak masuk jepun jer kena ambil cap ibu jari dan tangkap gambar.

Monday, January 07, 2008

Cuti yang dah sampai ke penghujungnya

Minggu nih dah mula sibuk. Ayah sibuk ngan kerja, Haziq dan Hazim sibuk ke sekolah dan Ummi pun sibuk ke kelas..Sejuk-sejuk cam nih sedapnya kalau duduk kat rumah. Walaupun winter kali nih taklah sesejuk mana tapi still, alahai malasnya nak keluar rumah. Nak capai kunci kereta, nak bawak Haziq dan Hazim jalan-jalan menikmati udara segar kat luar, nak buat assignment dan macam-macam lagi memang menguji kesabaran tuan punya diri....

Haziq dah mula suke membaca buku jepun sejak dia dah kenal hiragana. Hari tuh pergi Umitamago, belikan gunting kecik (untuk budak2)-ada safety cover-. Sejak Haziq dan Hazim ada gunting, penuh satu rumah dengan kertas yang diaorang gunting. Haziq dan Hazim cuma boleh main gunting pagi ajer lepas main kena kemas kertas-kertas yang digunting dan buang dalam tong sampah. Macam-macam bentuk yang digunting. Bentuk baju, seluar, kipas dan macam-macam lagi. Semak mata tengok tapi nak bagi diaorang latih jari so terpaksalah kasik main gunting sambil diawasi. Even kat sekolah pun sensei bagi main gunting untuk budak-budak umur 3 tahun ke atas. Yang kita nih takutlah diaorang main cucuk-cucuk ngan gunting yang tajam tuh....Cari yang plastik punya tak jumpa lak kat supermarket dekat-dekat sini.....

Ingatkan nak hantar Haziq dan Hazim ke sekolah hari nih,tapi pagi-pagi lagi sakit perut. Cirit birit. Terpaksa makan pil chi kit tek aun (ubat herba cina bawak dari malaysia hampir 2 tahun yang lalu).Dari anak dara sampailah sekarang, kalau perut buat problem, mesti makan ubat herba nih. Ayah pun sakit perut so bagi gak makan pil herba nih.hmmmm...semalam mungkin makan pedas sikit. Takkan perut dah jadi macam perut jepun. Ish...rindunya nak makan asam pedas mak.........

Wednesday, January 02, 2008

New Year Trip to Beppu and Kumamoto


30/12/2007-1/1/2008

Untuk gambar-gambar yang lain boleh pergi ke link bawah nih...

my family trip

Bertolak dari Moji pukul 9pagi dengan cuaca yang mendung. Sejuk sampai ke tulang. Dalam kereta Haziq dan Hazim tidur sebab bangun awal. Sampai di Beppu dalam pukul 12pm. Call Farah and Ejay dan terus ke Umi Jigoku (海地獄). Tempat nih punca air panas di Beppu. Lama tak jumpa Haris Yuuki (baby farah n ejay). Geram tengok pipi dia. Montel. Lepas jalan-jalan tengok asap berkepul2 keluar dari kolam ar panas nih, bergerak ke rumah farah untuk lunch dan solat. Thanks farah n ejay!!!

Bersama farah dan ejay (kat belakang tuh panas giler)
Rumah kaca kat Umi Jigoku nih. Ada pokok pisang dan tumbuhan tropikal. Waktu nih snow tgh turun lebat.
Lepas rehat kat rumah Farah, kami bergerak ke Umi Tamago (うみたまご)- Aquarium di Beppu-Tempat nih kat tepi laut. Memang cantik tempatnya. Kami sampai dah pukul 3 lebih so show semua dah habis. Tengah2 nak beli tiket masuk (sorang yen1890), ada jepun nih bagi kupon free so bayar untuk seorang ajer. Cantik gak tempat nih. Haziq dan Hazim paling seronok sebab ada nemo!!
Dalam pukul 5pm, kami bertolak ke Hotel Fujiyoshi dekat dengan Beppu eki. Cantik gak tempatnya. Malam tuh kami ke Onsen (温泉)-kolam air panas- untuk berendam. Mulanya penuh tapi bila tunggu kejab dalam kereta lepas tuh check balik, kebetulan ada orang cancel so bolehlah kami gi berendam dalam kolam air panas nih. 1 jam yen 2000 dapat satu bilik untuk family. Untuk yang first time berendam dalam kolam air panas macam nih memang tak boleh tahan lama. Panas giler!!! Kena tambah air sejuk sikit. Tempatnya memang best dan cantik. Ala-ala zaman jepun dulu (kat kampung jepun). Suhu 100deg tapi dah disejukkan secara tradisional dengan buluh sehingga suhu jadi 40deg. Memang best sejuk-sejuk berendam dalam kolam air panas dengan kat luar snow turun sikit2.
Hyotan Onsen - kolam air panas
Esoknya kami bertolak pukul 10am dari hotel ke arah Aso(阿蘇) di Kumamoto. Aso nih terkenal dengan gunung berapi dan pemandangan yang cantik, luas terbentang. Untuk ke Aso memang mencabar. Snow tgh turun dengan lebatnya sebab Aso terletak di kawasan tinggi. Alhamdulillah, tiada accident disebabkan licin walaupun memang kereta kat depan slow ajer.

Polis duk suruh berhati-hati. tak pakai chain pun time nih. pemandangan kiri kanan memang cantik tapi tak boleh nak keluar sebab angin kuat.

Kami sampai di Aso eki dalam pukul 12pm. Cari kedai udon (mee) dekat-dekat dan lepas makan kami parking kereta di Aso eki. Naik bas ke atas gunung dengan harapan dapatlah tengok gunung berapi. Malangnya cable car nak gi tengok gunung berapi tuh tutup. So kami lepak -lepak sambil minum fresh milk panas-panas kat tempat cable car sambil tengok snow tengah turun kat luar. Haziq dan Hazim seronok main snow ajer. Lepas turun dari Gunung Aso, kami bertolak ke Kumamoto dan sampai di hotel dalam pukul 6pm. Waktu nih dah malam dan snow pun dah kurang tapi suhu 1deg. Esoknya pagi-pagi kami check-out dan menuju ke Kumamoto Castle. Castle nih antara castle yang popular di Jepun sebab binaannya memang cantik. reconstructed in 1960. Disebabkan ada sambutan 400tahun bayaran masuk sepatutnya seorang yen400 jadi free. Ramai gak orang jepun dok datang sebab tahun baru nih. Pukul 11am, kami bertolak ke suizenji (水前寺公園). -Japanese Garden- Memang cantik kawasan nih. Ramai orang jepun beratur sebab nak new year blessing kat temple. beratur panjang. japanese Koi memang banyak dalam tasik nih. Waktu nih memang sejuk giler jadi kami tak stay lama. Cepat-cepat nak masuk kereta. Huhuhu......


Kami bertolak pulang ke Moji dalam pukul 6pm lepas singgah di rumah Nabil dan Kak Ida di Fukuoka utk tumpang solat dan makan. Alhamdulillah selamat sampai di rumah pukul 8pm.

Kawasan taman nih memang tenang dan cantik. Masuk free tapi parking bayar yen600