Saturday, June 30, 2007

Nature


Cuaca tak menentu. Hari ini panas, esok lak hujan. Biasa la. Dah nak masuk musim panas. Ummi agak sibuk dengan presentation setiap minggu. Tapi Alhamdulillah still leh cope lagi. Haziq dan Hazim lak dah makin "panjang akal". Macam2 adegan yang buat Ummi rasa dugaan.....Kadang2 terlepas gak satu dua cubitan sebab tak tahan. Especially Hazim yang banyak betul karenah. Macam bila nak gi sekolah taknak pakai baju yang Ummi sediakan. Nak gak pakai baju lengan panjang ngan seluar panjang. Padahal panas kat luar tuh. Ummi malas nak lawan cakap sebab pagi2 nak cepat sampailah satu ketika.

Bila Ummi ambil Haziq dan Hazim dari sekolah,
Cikgu Hazim tanya kat Malaysia kena pakai lengan panjang ya?. Kalau saya tukarkan Hazim baju lengan pendek, melanggar adat ker?.

Setelah diterangkan yang sebenarnya Hazim taknak pakai baju lengan pendek, barulah cikgu tuh faham. Rupanya dalam nota Hazim, cikgu tuh ada tanya tapi Ummi tak sempat nak baca and reply. Sekarang nih Hazim dah nak pakai gak bila tengok Haziq pakai baju lengan pendek. Itupun kalau hari keluar perangai dia, memang pakai baju lengan panjang. Dahlah baju lengan panjang, tak mahu lipat lengan lak tuh. Aduhai anak....anak....

Monday, June 25, 2007

Temukoyama Park




















Waktu nak cari rumah di Moji tahun lepas, singgah di Taman ini untuk makan tengahari dan solat zohor. Memang atas bukit dan cantik pemandangan dari atas nih. Sebelah kanan laut, sebelah kiri bukit bukau. Walaupun dah pindah sini dekat setahun, inilah kali kedua gi taman nih sebab jauh sikit dari rumah. Haziq dan Hazim lak seronok main panjat-panjat(walaupun sebenarnya gayat!).

Thursday, June 21, 2007

History of Modern Japan

* Tajuk N3 nih buku teks subject hari nih. Takde kaitan ngan N3 hari nih..


Semalam nak buat N3 tapi since Haziq dan Hazim dok mintak buatkan shiruken (senjata bintang ninja punya tu). So tertangguh nak update blog.


Ni pun update kat sekolah. Tapi idea hilang sat sebab ada member dari China dok puji tudung kata cantik..Ala, tudung biasa tapi sebab warna pink pastu ada batu2 tuh yang menarik. Macam2 diaorang tanya pasal tudung nih. Berapa helai ada, kenapa pakai, macam2 fashion ker?..dan 1001 soalan. Last sekali kata, diaorang pun nak cuba pakai la...Dahlah diaorang nih muka comel, kalau pakai tudung sure lagi comel....



Tak lama lagi cuti summer tapi still takde plan nak pergi mana. Disebabkan Ayah kerja so takleh nak rancang nanti tak jadik lak. So Ummi plan nak concentrate kat research ajer.. Boringnya!!!!!..Pergi library tetiap hari dan lepak kat sana macam dulu waktu cuti musim bunga. Sementara tuh cari resepi yang menarik untuk dicuba.


Hmm.. dah nak masuk kelas. Sebelum tuh nak gi lunch. Nanti sat lagi baru nak buat homework..

Thursday, June 14, 2007

Perjalanan

Hari tuh tak sempat nak kejar keretapi yang biasa naik pagi2 so kenalah naik bullet train dari Kokura. Bila sampai kat Shin Yamaguchi, lepas keluar dari bullet train, macam biasalah orang stesen keretapi bagi announcement kata pintu bullet train nak tutup dan bertolak so jangan berada di luar garisan kuning. Bahaya takut terpelanting karang. Announcement pertama ok lagik tapi announcement kedua bukan main kuat lagi dia punya suara. Tengoklah kenapa dia marah sangat. Orang yang lalu kat situ pun dok tertinjau2 cari kenapa kuat sangat suara dia. Ada orang degil taknak gerak dari pintu bullet train ker?.



Rupanya ada couple tengah bergaduh. Awek dia taknak ikut bf dia masuk train sama2 so bf tuh dok pujuk dari pintu tuh suruh masuk. Alahai, nak bergaduh pun time nih ker. Padanlah marah bebeno orang stesen keretapi nih. Sure, bullet train nih lewat 3 minit sebab bende nih. Last2 nampak awek tuh masuk gak dalam bullet train. Alahai, time2 macam nih pun boleh buat "drama".



Teringat dulu, housemate kat Hiroshima terberhentikan kereta kat tengah2 jalan keretapi. Keretapi pulak dah nak dekat sampai. Dia panik. Nasib baik member sorang lagi tekan butang emergency. Keretapi berhenti. Bising satu tempat tuh..hehehe..Memang pengalaman takleh dilupakan.......

Monday, June 11, 2007

Muzium Sejarah dan Alam Semulajadi



Ahad lepas bawak Haziq dan Hazim gi jalan2 ke Yahata, Muzium "Dinasour". Perjalanan dalam 1 jam naik kereta. Sepanjang perjalanan Haziq dok tanya kita nak gi mana nih..Hazim lak leka tengok kereta. Bila sampai bukan main exited lagi. Ummi pun excited sebab dekat situ ada Jusco beeeeeesar sangat. yerlah banding ngan Moji yang shopping Mall macam kedai runcit kat Bangi, memang besar dan macam-macam ada.



Bila masuk dalam Haziq dan Hazim terpegun tengok rangka tulang dinasour besar sangat. Seronok gak gi sini. Orang dewasa bayar 500yen dan university student 300yen. Budak-budak cam Haziq dan Hazim tak kena bayar. Dalam tuh adalah diaorang buat macam imej semula zaman2 dinasour. Ramai sungguh budak2 yang nangis dalam tuh takut sebab gelap dan dinasour semua boleh gerak2. Haziq pun takut so Ayah dukung. Ada sorang budak jepun depan Ummi dalam umur 7 tahun dok nangis takut tapi mak dia sebelah buat tak reti. Last2 bapa dia yang dok pujuk budak tuh.. Hazim lak Ummi dukung. Dalam dok tengok dinasour tuh, Hazim kata " Adik takut" tapi muka selamba.




Lepas tengok macam-macam binatang dalam tuh, gi Jusco. Mak ai ramainya orang!!. Lagipun time lunch. Lepas dah makan (Ayah - tendon, Ummi - Negitoro, Haziq dan hazim - Udon ngan tendon), jalan-jalan cari hadiah dan kasut Ummi. Seronok lak dah lama tak pergi jalan-jalan shopping mall besar nih. Lagi seronok kalau poket penuh duit!..




いのちのたび博物館
http://www.kmnh.jp/

Sunday, June 10, 2007

Keretapi dan movie korea

Hari-hari naik keretapi pergi sekolah sampai Ummi rasa kalau duduk ajer dalam keretapi mesti tidur. Dulu pelik tengok orang Jepun boleh tidur dalam keretapi. Punyalah cantik pemandangan kiri kanan time naik keretapi nih. Lepas tuh macam-macam gaya diaorang nih tidur. Ada yang berdiri boleh tidur, ada yang duduk tegak boleh tidur, ada yang tidur kepala ke kiri kanan ikut keretapi, ada lak yang tidur siap bunyi dengkur kuat sampai nun hujung keretapi boleh dengar (orang nih duduk belakang so memang dengar kuat giler dia berdengkur).



Dulu, segan gak nak tidur dalam keretapi. Yerlah apa kata diaorang tengok minah " alien" nih tidur.. Nak jaga air muka gak. Tapi disebabkan sedap kena buai ngan keretapi, dah dapat sign ngantuk, tutup buku masuk beg, terus pejam mata. Sedar-sedar nasib baik tak terlepas stesen keretapi. Selalunya mata automatically bukak bila lagi satu stesen nak sampai. Tak payah pakai alarm handphone. Setakat nih bersyukur sangat tak pernah terlepas stesen nak berhenti.....




Tadi tengok movie korea kat TV sama Ayah. Tajuk A Moment To Remember. Tak pernah tengok Korean Movie selama nih. Memang sedih sampai 2, 3 kali keluar air mata (seingat dulu last sekalik tengok movie keluar air mata time tgk cerita hindustan kat malaysia dulu). Kisah dia isteri yang menghidap penyakit Alzheimer tapi usia dia masih 27 tahun. tapi suami dia nak jaga dia.. Bayangkan dia boleh lupa dia kawin ngan suami dia tuh so waktu suami dia nak gi kerja dia kata I love you, pastu nama bf lama dia. Suami dia pun kata ok jer tapi dalam hati sedih giler. Penyakit nih akan erase memori terkini dulu. Since isteri tuh jumpa bf lama dulu baru husband dia, dia ingat dia kawin ngan bf lama dia... So bila suami dia dah gi kerja barulah isteri nih baca memo yang suami dia tampal merata rumah. Barulah dia tahu dia silap panggil nama suami dia.. Sedih betul...



Info pasal Alzheimer:
http://www.alz.org/index.asp

Saturday, June 09, 2007

Ish...otakku kekeringan idea

Dah lama tak tulis blog. Tak de idea. Assignment pun banyak. Haziq dan Hazim lak macam biasa. Dah banyak cakap jepun. Especially Hazim yang selalu nyanyi lagu jepun tapi pelat. Ayah sibuk ngan kerja. Tak lama lagi Summer. Sekarang pun dah panas. Malam nak tidur dah pasang kipas angin. Apa lagi ek...Ummi pun takde projek baru. Musim penyakit "M" datang.

p/s komputer kena format balik so habis semua file hilang termasuk gambar2 gi jalan...lagilah menambah kemalasan nak buat entry..