Saturday, February 24, 2007

Kita Kyushu City Library


(bangunan warna hijau kat belakang tuh library)

Hari tuh Ummi ajak Haziq dan Hazim ke library. Ummi suka sangat gi library nih sebab banyak buku cerita dalam English. Dalam kereta Haziq dan Hazim asyik tanya nak ke mana so Ummi bagi tahu nak ke toshokan (library). Nak pinjam buku cerita. Sampai kat sana, Ummi ajak pegi library kanak2. Library kat sini best. Ada banyak buku baru2 dan dalam English pun banyak. Ada library utk kanak2 juga. So first tempat yang Haziq dan Hazim pergi kat tempat buku keretapi. Terus ambik buku keretapi yang ada banyak kat situ.. Macam jumpa mainan. Seronok sangat. So Ummi pun duduk kat situ bacakan buku keretapi Thomas dan lain2 buku keretapi. Lepas tuh Ummi pinjam buku cerita Ummi. Dah sampai waktu lunch lak, Ummi ajak Haziq dan Hazim keluar picnic kat padang depan library. Apalagi Haziq dan Hazim bila tengok kawasan lapang suka betul. Tanya Ummi boleh tak nak main2 kat taman. Ummi kata kena makan dulu baru boleh. Then lepas makan, Haziq dan Hazim pun jalan2 kat situ. Jauh so Ummi panggil balik. Rupa-rupanya bila kata taman, Haziq ingatkan ada mainan macam gelongsor, buaian, tempat main2 tapi taman kat situ cuma padang sahaja.. Zannen (kecewa) betul...

Friday, February 23, 2007

Rebut mainan

Semalam Haziq dan Hazim ada main beli2 barang (お買い物ごっこ)kat sekolah. Cikgu2 semuanya kreatif2. Kagum betul Ummi tengok barang2 mainan macam aiskirim, kereta, gula2, buahan dan macam2 lagi yang diperbuat dari kertas. Semua tuh idea sensei tapi yang buat kawan2 Haziq dan Hazim. Seronok pulak bila tengok rupa kedai2 mainan kat sekolah. Sensei cerita bila sampai turn Haziq dan Hazim nak beli barang kat kelas masing2 dok tercegat pikir nak beli apa. Siap ada duit mainan ngan tempat duit lagik. Lepas habis sekolah, sensei beri hadiah ngan barang2 yang Haziq dan Hazim beli utk bawak balik..Memang Haziq dan Hazim suka kereta ya..Dua2 beli kereta mainan yang diperbuat dari kotak susu. Pandai betul idea sensei semua. Ummi pun lupa nak ambik gambar. Sampai rumah Hazim menangis nak mainan Haziq tapi Haziq tak bagi. Pening kepala Ummi dengar bergaduh. Padahal Hazim pun ada yang sama cuma kecik ajer. Ummi diam nak tengok sampai mana Haziq nak bergaduh ngan Hazim. Last2 bila Ummi masuk campur, barulah Haziq ajar Hazim cara main. Bila nak gi ambik Ayah kat eki (station keretapi), Haziq dan Hazim dok seronok lagik main game tuh. Tapi hari nih, mainan entah ke mana dok main lagik dengan keretapi. Kalau tak main keretapi cari buku keretapi suruh Ummi baca. Adoi..asyik2 keretapi..Boringlah Ummi.....

Tuesday, February 20, 2007

Berjaya gak akhirnya!!

Semalam Ummi berjaya mendapatkan lesen jepun Ummi setelah 4 kali test.. Phergh..Penat betul nak ambik lesen kereta nih...Anyway, lepas nih legalah Ummi sebab boleh bawak kereta nak hantar Haziq dan Hazim ke sekolah dan macam2 kerja yang Ummi kena buat.. (lesen international nak habis tempoh).
Semalam gak Haziq dan Hazim suka betul balik dari sekolah sebab Ayah ada. Hazim cepat2 naik kereta duduk kat kerusi baru. Haziq pandai ajar Hazim pakai talipinggang keledar lagi ya..."Adik buat macam nih lepas tuh macam nih lepas tuh....". Hazim lak tak pandai pakai sendiri n tanggalkan tali pinggang so Haziq tolong.
Bila sampai rumah Ummi kasik Haziq main basikal tapi Haziq taknak lak sebab nak main keretapi. Malamnya Hazim buat hal. Ummi nak tidur sekejab sebab penat tapi Hazim kacau Ummi nak tidur so last2 Hazim tertidur sebelah Ummi tanpa makan malam.
Pagi2 lagi Hazim dah bangun. Mungkin sebab lapar. Cari roti dengan susu kotak. So Ummi teman Hazim makan. Ummi plan hari nih nak bawak Haziq dan Hazim ke library. Mesti suka tengok buku banyak2 kan....

Saturday, February 17, 2007

Sabtu yang hujan

( FreeFoto.com)

Semalam Ummi test drive utk kali ke tiga.. Dahlah pagi tuh gi jumpa doktor gigi...Pastu tgk jam dah pukul 12 lebih.. so bergegas nak gi ke tempat test.. Ingatkan Jumaat sure ramai orang tapi ok ajer.. lepas beratur borak2 ngan 2 orang indonesians. Semalam pun diaorang failed.. Susah bebeno yang manual nak lepas so sorang tuh nak tukar pada automatic ajer (kat jepun boleh pilih nak bawak kereta manual atau automatic ajer.. kalau ambik lesen manual, kereta auto pun boleh bawak tapi kalau lesen auto tak boleh bawak kereta manual).. Hopefully boleh lepaslah test tapi apa nak buek.. Tak lepas lagik..Malas dah Ummi nak ambik test nih lagik.. Tapi kalau tangguh bila lagi kan...Takde lesen lagi susah.. Ayah dahlah tak ambik lagik...For sure lambat lagi sebab belum ada cuti...Takperlah ini pun kira instructor tuh baik gak.. Terangkan kat mana yang salah...Isnin nih cuba lagik untuk kali ke 4. Huh, tempat lain lagilah 10 kali test baru lepas pun ada.. Hopefully taklah sampai 10 kali.. Penat Ummi nak berulang alik ke tempat nih.


Hari nih Ayah kerja. Kesian ayah....Nampak penat sebab baru balik outstation dari Malaysia then Miyazaki then sabtu nih kerja.. Penat gak kerja ngan Jepun nih tapi tuhlah rezeki kami....kat luar hujan lak.. Haziq dan Hazim belum bangun. Maybe sebab letih dok main banyak semalam... Sekarang Haziq dah pandai suruh Hazim buat macam2. Kalau Ummi marah Haziq jangan tuang bakul mainan (sebab Haziq dan Hazim tak reti nak kemas balik), mesti Haziq suruh Hazim tuang , "Adik, adik gi tuang tuh adik...". Haziq pujuk Hazim buat macam2 so that Ummi akan marah Haziq tapi dalam Ummi dok buat kerja, Ummi dengar Haziq suruh so bila Hazim tuang gak, Ummi marah Haziq dulu.


Lagi satu kalau Ummi tengah sembahyang, Haziq suruh Hazim main2 letak tangan kat sejadah "Adik, o te te adik..."(maknanya letak tangan kat sejadah), so Hazim dok main2 depan Ummi sembahyang. Ummi tak jadik sembahyang, Ummi marah Haziq sebab suruh Hazim kacau. Geram betul la Haziq sekarang dah pandai suruh Hazim nih... Pastu kalau ada benda2 yang Haziq nak buat tapi tak berani, Hazim lah yang kena buat. Kadang2 Hazim taknak buat, Haziq akan kata "Adik, biar....". Hazim menangis lari kat Ummi. Sebab Hazim tahu kalau Haziq kata biar, mesti taknak buatkan Hazim macam2 (jalan keretapi, bacakan buku cerita la....)...Hmm...dah terrer rupanya Haziq mempergunakan Hazim ya...

Thursday, February 15, 2007

Lesen Jepun 2

Hari nih Ummi gi lagi ambik driving test buat kali ke 2. Sampai jer dah lerlewat 5 minit. Tengok orang dah beratur panjang. Orang filipin tuh pun ada sama ngan kawan dia. So beraturlah dan bila dah habis register tunggulah pulak. Lepas tuh nampaklah sorang nih macam orang Indonesia. Then sorang lagi macam orang Indonesia sama sorang tuh macam orang cina (pompuan). Lepas tuh pergilah tegur yang perempuannya. Marisa namanya. Orang Indonesia tapi mixed chinese. Borak2 ngan diaorang sambil tunggu giliran. Lepas tunggu 2 jam barulah instructor tuh datang panggil utk test. Berdebar2 jer rasa. Bila turn bawak, ingatkan ok sebab tayar belakang lepas, pastu kat tempat berhenti pun berhenti... Rupanya diaorang bukan nak bagi senang je pass. Adalah dia dok kata kereta tak himpit ke kiri kalau belok kiri pastu kereta kalau belok ke kanan lak, terlalu makan jalan sebelah.. Kibishi!!!!...So Ummi failed!!!!!!!!..Member Filipin sorang tuh pass tapi kawan dia tak pass.. Apa2 halpun esok Ummi nak gambaru lagik kasik lepas.. International License dah nak tamat tempoh so kenalah buat cepat2 lesen jepun..Kalau tak siapa nak drive Haziq dan Hazim ke sekolah kan!...
p/s Hari nih Ayah balik dari Outstation ke Miyazaki!!Yatta!!

Wednesday, February 14, 2007

Lesen Jepun

Hari nih Ummi dengan berkobar2nya pergilah untuk mendaftar nak ambik japanese driving punya lesen. Ingatkan daftar hari nih then ambik test ngan interview next week. Rupa2nya hari nih gak. Kat situ Ummi jumpa orang filipin (pompuan). Dia ambik test bertulis dua kali baru pass then test atas jalan kali ke dua. Kiranya nih kali ketiga dia nak ambik. Dia dok kata Kibishi (strict).. Aisyeh..Ummi lak kalut.. "Bolehker aku lepas nih..."


Pastu bila pass document lak dia suruh tunggu sampai dia panggil. Okla so duduk sama orang filipin tuh sambil borak2. Mula2 cakap english lama2 tengok dia cam payah jer (maybe dah lupa english sebab dok jepun lama - 20 tahun lebih) so kami cakap jepun 2 orang. Pastu orang kat dalam ofis panggil kata translation yang JAF buat ngan lesen (slit) malaysia punya tak sama tarikh.. La...bagi salah slit rupanya. Hari tuh Ayah extend tempoh lesen so terbagi slit yang baru.. So pass kat dia slit yang lama.. Punyalah banyak soalan jepun nih tanya.. Perut dah kecut..takkan awal2 nih tak lepas kot.....


Lepas 1 jam setengah tunggu, barulah dia panggil utk test bertulis.. hehehe..sonang jerr.. tak sampai setengah jam dah siap.. Ada 10 soalan ajer.. pastu tunggu kat luar.. Then tak lama pastu orang tuh keluar kata pass test (kena 7 soalan betul dari 10 soalan). Lepas tuh dia suruh test mata.. Pun lepas.. Yosh....lepas nih test atas jalan... Punyalah lama tunggu pegawai nak test kitaorang..Pastuh datanglah sorang orang jepun nih suruh nak kereta. So dok kat belakang dan orang filipin tuh dok kat depan.. instructor tuh dok sebelah lak....Bawaklah pusing2 kat dalam kawasan test tuh... Tapi sampai satu tempat orang filipin tuh pi masuk line bertentangan so fail la... kali nih giliran Ummi lak... Alahai.. check side mirror, back mirror then tempat duduk semua.. Start kereta masuk gear jalan... Okla semuanya tapi sampai kat satu tempat.......kena buat S kat jalan kecik. tayar belakang tak lepas.. masuk longkang....hahahahaha...nasib baik longkang bukan longkang la tapi cam divider jalan.. mana taknya..Ummi selalu bawak kereta kecik nih kereta besar cam taxi kat jepun nih memang tak biasa.....kekadang bawak kereta kecik pun tayar belakang tak lepas gak... ingatkan sekali jer tak lepas...rupanya satu tempat lagi (jalan sempit) pun tak lepas...Laaaa...camno nih...pastu dok tensen sat....instructor tuh brek mengejut!...La.....ada sign suruh berhenti tapi tak berhenti..hmmmm...sah sah fail...

So Ummi fail first time punya test... Esok nak kena datang lagik...Orang filipin tuh pun sama gak...Utk kali ke 4....hmmmm..esok bolehker lepas nih....Alahai......


Monday, February 12, 2007

"Ini baby Adam" kata Haziq dan Hazim

Hari tuh Ayah balik Malaysia 2 minggu sebab kerja so Ummi ambik peluang mintak kiriman barang dapur macam2 dari 3 cawangan, kedah, Johor dan KL....hehehe...so Ayah dapat jumpa Acik Musa dan Cik Irma serta Baby Adam di Hotel. Comelnya baby Adam!!!Dah besar ya.....Esok nak jadik apa ya?...jadik arkitek la ya......."nape lak arkitek?"tanya Haziq...hehehehe
p/s yang tuh perkenalkan ya....ayahnya Adam, Cik Musa

Snow in Moji (First time for Haziq dan Hazim)





2/2/2007 hari tuh salji turun utk pertama kali di Moji. Bangun tidur jer buat bento (bekal makanan) utk Haziq dan Hazim ke sekolah. Bila dah siap nak jemur kain pastu tengok la....yuki (snow) tengah turun...putih semua..Waa......terharu..cepat2 kejutkan Haziq dan Hazim ajak gi tengok yuki sambil nak buang sampah. Keluar nampak jiran jepun kat depan rumah tengah nak hantar anak dia ke sekolah. Alamatnya hari nih Haziq dan Hazim cuti sekolahla...Ummi tak berani nak bawak kereta time yuki turun nih...Lepas tuh pakaikan topi dan glove utk main yuki kat depan rumah dan taman. Haziq suka betul..Dok kata nak buat yuki daruma (snowman) ajer.Mana tahu tah,....maybe tengok buku kat sekolah kot.. Hazim lak kesejukkan....dok kata Ummi samui..samuii...(sejuk)...so ajak masuk dalam breakfast dulu then keluar gi taman kat bawah...Apa lagi suka betullah Haziq dan Hazim.. Buatkan kek birthday letak bunga kat atas... nak buat yuki daruma sikit sangat yuki so ada tanah sikit2..tak cantik...Dah sejam dok main ajak balik.. Tap Haziq taknak.. Hazim ajer... Sampai kat rumah dok depan heater... Agaknya penat, tak lamalepas tuh Haziq dan Hazim tidur....