Saturday, July 29, 2006

Survey rumah di Kita Kyushu

Pagi lagi Ummi bangun nak prepare lunch untuk bawak gi tengok rumah kat Moji. Haziq dan Hazim bangun lewat so Ummi dok depan komputer survey jalan kat Moji dan Kokura cari fudosan aiyuhome. Lepas print Ummi siap2 masak nasi then Haziq dan Hazim pun bangun time Ummi tengah lipat kain. Bertolak jam 10:45am sampai di Moji dalam pukul 1:00pm/ Dalam kereta Hazim tidur ajer dah nak dekat sampai baru Hazim bangun. Haziq lak tak tidur so bile berhenti kat 7 Eleven Ummi belikan jajan then Haziq makan dalam kereta. Mulanya Haziq merajuk sebab tak boleh ikut Ummi turun gi beli air etc kat 7Eleven tapi lama2 ok. Bila sampai kat Moji ayah cari taman utk nak makan lunch. Memang bandar tepi laut sungguh. Semuanya bangunan ajer.

Nasib baik jumpa taman tapi kena naik atas bukit sket. Sampai ajer Ummi bawak kelaur nasi dan lauk. Haziq dan Hazim dok main gelongsor. Makan pun takbanyak. Tapi Hazim makan banyak. Mungkin sebab tidur tado so bangun lapar kot. Lepas Ummi dan Ayah solat zuhur, kita bertolak gi Kokura. Nasib baik senang jer jumpa. So tengah2 discuss dengan orang kedai, Haziq dan Hazim buat perangai. Mungkin sebab lama sangat discuss kot (dekat 2jam!) so Ummi bawak keluar tengok monorail.

Haziq dan Hazim excited tengok bandar. Macam-macam ada. Dalam pukul 4 setengah, Ummi ngan Ayah naik kereta orang kedai cari rumah. Ada 3 rumah tapi yang ok yang last sekali. Betul2 atas bukit ngan tepi laut. Kat Kazashi. Haziq ngan Hazim excited tengok rumah baru. Sementara tunggu kat situ, Haziq ngan Hazim makan pancake Ummi bawak. Cepat jer Habis. Lapar rupanya. Masa tuh dah pukul 7 petang bila sampai kedai balik. Haziq dan Hazim mula resah sebab tak mandi petang dan penat.

Lepas settle everything kat kedai, kita bertolak balik. Haziq dan Hazim mula buat perangai dalam kereta. Mungkin sebab penat. Sampai rumah dah pukul 10:30malam. Hazim tertidur kepenatan. Haziq lak bangun masuk rumah mandi air panas then tidur. Alahai kesiannya tengok Haziq Hazim penat jalan jauh. First time travel naik kereta jalan jauh ya...

Saturday, July 22, 2006

Gambar terbaru Haziq dan Hazim





Haziq dan Hazim di Ube during makan2.

Haziq nak pergi sekolah

Haziq sekarang nih hari2 mintak nak pergi sekolah. Mungkin sebab tengok Ummi bawak beg gi sekolah so Haziq dan hazim hari2 nak ikut Ummi. Ummi kata tak boleh sebab sekolah Ummi sekolah orang besar. Haziq faham tapi Hazim asyik nangis nak ikut. Ummi kata kat Haziq nanti kalau pindah rumah baru kita gi sekolah budak kecik ya...

Haziq dah kenal Alif, Ba dan Ta. Hazim lak asyik kacau Abang baca Iqra` tapi kalau sendiri2 pandai ambik buku Iqra` baca a ba a ker..kelakar tengok Hazim baca.

Haziq dah pandai lukis gambar macam2 so Ummi letkat kat peti ais. lepas tuh banyaklah gambar yang Haziq lukis yang Haziq nak letak kat depan peti ais. Penuh!!

Monday, July 17, 2006

Laut kat Jepun

Hari ini Ummi ngan Ayah bawak Haziq dan Hazim gi laut. Lepas mandi pagi then makan sarapan terus gi ke laut dlaam setengah jam perjalanan. Mainan Haziq utk buat sand castle dah pecah so Ummi bawakkan yang lain ajer. Bila sampai Haziq ngan Hazim terus mintak bukak baju nak main air. Bila masuk dalam laut cepat2 keluar. Bukannya apa. Air laut sejuk. Angin kuat ngan ombak pun tinggi. Takperlah Ummi ajak Haziq ngan Hazim main pasir. Buat sand castle ngan timbus badan pakai pasir. Tak lama lepas tuh angin mula bertiup kuat. Haziq takut dan badan sakit sebab kena pasir so Ummi ngan Ayah ambik keputusan balik cepat. Takperlah at least Haziq dan Hazim dah kenal laut jepun. Lepas nih nak tinggal tepi laut gak so hari2 mesti boring tengok laut. Bila masuk kereta Haziq ngan Hazim tertidur. Penat main pasir. Tapi bila sampai rumah, lepas mandi terus tak tidur. Main ajer...

Wednesday, July 12, 2006

Haziq dan Iqraq

Haziq dah mula kenal Alif dan Ba. Sekarang nih dah ajar sampai Sa tapi Haziq cuma boleh baca "cha" bukan "sa". Alahai...Bila Ummi ajar Haziq, Hazim lak dok kacau. Tapi mulut ikut Haziq baca Iqraq. "Aa Ba Aa, Aa Aa Ba". Semalam Ummi bawak Haziq dan Hazim gi Shin Yamaguchi Eki utk beli Ayahnya tiket shinkansen (bullet train). Haziq suka bila sampai kat eki (station). Hazim tidur dlama kereta. Ummi dukung pun Hazim ngantuk. Tapi bila Ummi ngan Ayah bawak tengok keretapi kat railwaynya, Haziq ngan Hazim suka sangat. Tanya macam2 pasal keretapi. Asyik kata nak naik keretapi. Exited Haziq bila nampak banyak poster keretapi. Nantilah ya Ummi ngan Ayah bawak naik keretapi.

Sibuknya....

Ada satu berita gembira. Abang dah naitei (dapat kerja) kat KitaKyushu. Alhamdulillah. Within 2 bulan datang nihon dah ada kerja yang betul2 pakai degree. Harap2 semua berjalan dengan lancar termasuk macam mana nak pindah rumah, nak berulang dari rumah (maybe ke Shimonoseki) ke sekolah, macam mana nak hantar Haizq dan Hazim ke hoikuen dan semuanya. Semuanya rasa macam fuan (tak selesa) sebab tak tahu apa future yang kitaorang ada. Tapi sekurang-kurangnya apa yang kami doa termakbul iaitu abang dah dapat kerja kat nihon. Hari nih abang akan gi settle pasal gaji, ada syarat lagi lak sama shacho (CEO) company tuh. Lepas tuh dalam minggu depan lak dah kena prepare utk shiken (exam). Walaupun tak dapat credit tapi nak gak ambik shiken. Terpikir tak nak ambik exam statistic sebab susah nak paham tapi tengoklah dulu.

Saturday, July 08, 2006

Hazim makin aktif

Hazim semakin lama semakin panjang akal. Macam2 idea dia yang ada. Kalau Ummi dan Ayah tak tengok mesti ada benda baru yang dia buat. Hari tuh Hazim gi conteng dinding pakai crayon, pastu koyakkan wallpaper dan yang terbaru yang Ummi tak tahu lah nak cakap apa, Hazim gi koyakkan wall paper yang kat pintu bilik. Banyak lak tuh. Oh ya, Hazim conteng pakai crayon kat tatami. Ummi takleh nak basuh langsung. Nasib baik Haziq dah boleh harap. Siap boleh bagitahu kat Ayah yang adik gi koyakkan wall paper. Lepas tuh, Ummi dah susah nak pujuk Hazim makan nasi. Kalau Haziq senang ajer. Ummi umpan nak bacakan buku cerita then Haziq mesti duduk dengar Ummi cerita sambil makan nasi. Hmm.. nasib baik Haizm suka makan macam2 cuma Ummi risau sebab Hazim kurang makan nasi. Since UmmuMuaz kata takper as long as Hazim makan nasi so Ummi lega sket. Tapi Ummi akan pujuk gak Hazim makan nasi selalu.

Saturday, July 01, 2006

Belajar Nihongo

Ummi baru jer mula ajar Haziq dan Hazim nihongo macam Konnichiwa, Atama, Me, Hana dan Mimi. Paling kelakar time suruh Haziq dan Hazim cakap Konnichiwa, siap dengan kepala sekali mengangguk cam Jepun. Since Haziq dan Hazim belum pergi Hoikuen so Ummi rasa better Ummi ajar sikit2 dari sekarang. Lepas maghrib, Ummi ajar Haziq dan Hazim Iqra` tapi Hazim selalu suruh buka dari belakang buku. Taihen!. Haziq nak belajar tapi Hazim selalu kacau. Setakat nih Haziq ajer yang baru nak belajar Iqra`.